Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, January 3, 2011

Minuman dalam carta pilihan Malaysia

    Wah!Cuaca boleh tahan panas hari ini.Jika di tempat-tempat lain, banjir mula melanda atau salji mula menggila, di sini biasa saja.Alhamdulillah atas anugerahNya.

   Baru saja selesai makan tengah hari.Lauk seperti biasa, lauk   ayam masak kunyit dan sayur pucuk paku tumis air.(Tapi aku makan ayam je kerana nasi dan pucuk paku masih lagi seperti  ulat  di mataku) Minuman air suam saja kerana penting untuk kesihatan.

   Bercakap tentang minuman, Malaysia kaya dengan pelbagai minuman.( Bukan pelbagai warna tapi rasa tetap sama ya).Contohnya air cincau.Sejak zaman aku kecil lagi, aku suka minum air cincau.Cincau dipotong halus-halus dan dibuat air sejuk berair batu.Ayah pula suka makan cincau dengan air gula bercampur pandan.

   Sebenarnya seumur hidupku ,aku tak pernah melihat proses menghasilkan cincau sama ada di depan mata atau di kaca TV.Mungkin pihak TV3 boleh mencari berita tentang penghasilan cincau di Malaysia kerana aku yakin ramai peminat cincau di sini.


Ketulan cincau yang digunakan untuk membuat air cincau
( Gambar milik  cello )

Ini adalah daun cincau
Maklumat lanjut rujuk di sini


    Minuman kedua yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah air tebu.Proses penghasilan air tebu tentu ramai yang tahu.Rasanya yang manis membuatkan air tebu menjadi pilihan terutama sewaktu berbuka puasa.Tetapi benarkah kata orang air tebu boleh mebuatkan badan letih lesu?


Air tebu yang lazat
( Gambar milik Syahrulhezrin )

Inilah rupa batang tebu sebelum diproses.
(Gambar kepunyaan gloriabintang )



( Gambar hak milik resipi kita )
   Minuman ketiga adalah air katira, sejenis air lazat dan wangi dengan campuran susu dan biji selasih.


( Gambar kepunyaan daftar warisan )
ABC atau air batu campur juga antara penghilang dahaga yang sangat popular.Tambah pula ditambah dengan buah kabung.

Buah kabung yang sedia untuk dicampur dengan ABC
( Gambar hak batu lesung )

Akhir sekali, air kelapa biasa atau ais krim

Ini air kelapa biasa
( Gambar hak milik haza wahida )

Air kelapa dicampur dengan ais krim vanilla dan semasa menghidang letakkan sedikit ais krim di atasnya.
( Gambar hak yiyi afiqa )



12 comments:

YUL said...

menarik2! pasal cincau tu yul memang tak tahu juga cara pembuatannya. barang import kot, huhu

shahjiehan said...

nak soya~~ hukhuk

ZWAN SABRI said...

Tak puas atila tebu di tangga yang ke-2 and katira ditangga ke-3.. Untuk Tebu, zwan mmg paling x suka air tebu.. huhu..
untuk katira plak, x penah dengaq pown sebelom ni tp apa pasai plak boleh jadi top 3? huhu..

FasiHaH SupiaN said...

eh2, yang last air kelapa dengan aiskrim tak pernah cuba lagi..boleh cuba tu..;)

Hey Kau Tidur Dalam Kelas!

Miss Yaty said...

Wah terliurnya tengok air2 ni :)

Shaofie said...

jemput join segmen saye. mudah je. ala-ala blog review.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

kakchik@ella said...

interesting la n3 ni. 1st time tgk daun cincau. bagus la awak. gd job!!

Siti Safiyyah said...

gulpp! meleleh air liur tengok air2 tu semua..huhu

NISS said...

1st time tgk daun cincau..;)

whitecappuccino said...

semua syedap ler!! tapi suka air tebu n kelapa..

nunui Joe said...

terliur sebentar...waaa

MAPPIAU said...

lorrr macam tu ker rupenyer daun air cincau, pestime nih tengok daun cincau.

adeeehh dahage la pulak :P

Let's have a break!