Sebagai seorang kaki tangan kerajaan, aku benar-benar berasa sedih mengenangkan sahabat sekerjaku yang tanpa silu menggigit tangan yang menghulur makanan.Bukan maksudku meminta mereka menyokong kerajaan membabi buta tetapi jagalah juga maruah negara.Label apa patut diletak buat insan tidak berotak kerana menggigit tangan memberi makan umpama anak menggigit si emak.Biarpun tidak sealiran dengan kerajaan tak perlulah mengutuk, mencaci, menghina seolah-solah diri sendiri paling sempurna.Tak tahu malukah kerajaan dikutuk tetapi setiap bulan menunggu gaji?Benar, gaji dibayar dengan cukai rakyat tetapi janganlah berapi menghina tidak langsung berkira-kira.Benci kerajaan.mudah saja jawapannya, letaklah jawatan, lalu berpolitiklah hingga hujung dunia.Bukan berkokok gah seperti ayam tetapi ekor bersalut najis.
Menyatakan perasaan bukan bermakna aku kipas kerajaan.Cuma, aku bekerja beraku janji, sumpah taat setia ' Saya yang menurut perintah' maka aku hanya menjunjung tinggi maruah maka aku tak mudah marah lalu menyumpah seranah.Kerajaan memang bukan sempurna seperti diminta maka bersyukurlah dengan apa yang ada.Janganlah dibutakan mata ditutup hati maka kerajaan dicaci maki.Bukan meminta menyokong membabi buta, hanya jauhkanlah amarah dari kerjaya agar aku janji dapat dipatuhi.Berpolitik boleh tetapi biarlah berjalan di landasan yang benar agar tiada isu kecil dipolitikkan menjadi besar.Dengan izin Allah, anak didik menjadi cerdik, masa depan negara berjaya dibela.
Bersyukurlah dengan rezeki kerajaan ( ye, dengan cukai dibayar rakyat tetapi kerajaan yang menguruskan ) yang diberi setiap bulan.Semoga berkat menjadi nikmat buat keluarga anak dan isteri.Jika ada rasa perlu diluah, carilah saluran yang sah agar nama baik negara dapat dijaga.Jika galak menyokong pembangkang, dengan bermaruahlah jangan sembunyi di belakang.Letaklah jawatan, berpolitiklah hingga hilang ingatan.Jangan dicemar profesi pendidikan kerana tugas pendidik adalah mendidik bukan membidik.Jika benar kerajaan salah, berjuanglah selesaikan masalah.Usah riuh seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung.