Sehari lagi masa berlari namun aku masih di hujung jalan mati, berfikir untuk teruskan perjalanan atau berhenti.Di kiri penuh onak, di kanan penuh duri.Ke manakah arah harus ku tuju?Aku berhenti seketika dan ku pejamkan mata.Hidup perlu diteruskan biar onak penuh di kaki, biar duri penuh di hati.
Andai masa boleh ku undur, tidakku keliru menjadi kelu.Ahhh.....Mengeluh boleh tetapi kaki mesti terus melangkah.Persetan dengan ujian.Persetan dengan onak atau ombak.Gunung tinggi mesti ku daki, lembah lurah harus ku redahi agar dapat ku capai bintang menghias hidup yang kian malap.
Ku toleh ke kanan, aku keseorangan.Ku toleh ke kiri, aku sendiri.Aku takut dalam berani.Berlari, berlari dan terus berlari.Di hujung jalan ku lihat cahaya nan indah.Bagai melambai ahhh .....Nampaknya mudah.Tetapi makin pantas aku bergegas, makin jauh cahaya tersuluh.Ahhhh.....Janganlah kau tinggalkan daku kerana aku lemas berlari cuba mendekati.Ku lambai, ku gapai, kau hanya tertawa makin menjauh berlari pergi..
Aku sendirian dalam keramaian.Gejolak hati pada siapa harus ku kongsi?Sabar...hanya indah pada khabar kerana rupa aku pun tak pasti bagaimana.Bercakap memang mudah tetapi hakikatnya aku yang merana.Bintang ku cuba gapai, makin tinggi tak mungkin ku dekati.Cahaya ku cuba miliki, semakin hari semakin jauh ia pergi.dan aku, sendirian tergapai kelemasan.
0 comments:
Post a Comment