Tuesday, July 27, 2010

Hampir putus kepala dilanggar basikal tua

    Trend terkini, semakin ramai pengguna internet menulis di blog.Blog-blog peribadi bertambah bak cendawan tumbuh.Maka pelbagai cerita boleh dikongsi dalam blog.

   Bagiku menulis apa yang dirasa tidak menjadi kesalahan asalkan tidak melanggar batas hukum dan undang-undang.Tetapi kemunculan berita yang dipetik daripada blog terutama di akhbar-akhbar tabloid rasanya seolah-olah melanggar privasi si penulis blog.Memang benar sesiapa sahaja boleh membaca entri yang ditulis maka tidak menjadi masalah sekiranya luahan rasa si blogger menjadi sumber berita.Namun yang menyedihkan ( juga menyakitkan hati ) sumber dari blog yang dipetik seolah-olah telah diputar belit semata-mata sebagai nilai tambah mencantikkan berita agar akhbar dibeli pembaca.

   Kes terkini tentang seorang isteri yang meluahkan rasa duka di hati tentang suami.Luahannya wajar, tidak keterlaluan, bukan mencaci atau menghina.Apatah lagi menyerang peribadi si suami.Tetapi di akhbar laporan yang dibuat seolah-olah hina sangat si blogger bercerita hal luar dalam tentang rumah tangga.Maka pendapat ulama pun ditanya apa hukumnya.Si ulama pun sepatutnya sebelum memberi komen atau menjatuh hukum halal haram, fahami atau siasat terlebih dahulu sumber berita yang dipetik.Jangan sewenang-wenangnya meletakkan hukum berdosa pada si blogger.kerana berita yang asal telah ditambah perisa.Ibarat kata, seorang kemalangan dilanggar basikal tua, hanya calar sahaja tetapi dilaporkan kemalangan melibatkan lori besar dan mangsa cedera hingga hampir putus kepala.Bukankah berbeza benar kisahnya?

   Buat si blogger, peduli apa orang kata.Yang penting apa yang ditulis tidak melanggar hukum agama atau negara.Luahkan apa yang terbuku asalkan menulis dengan indah tiada caci maki, teruskan, jangan berhenti.Buat mamasita, IT'S NOT THE END OF THE WORLD!

1 comments:

mamasita said...

Scarlett..selamat berkenalan..dan terima kasih banyak2 menolong menyejukkan hati saya dan membuat saya berasa bertambah keyakinan diri..terima kasih.

Post a Comment