Friday, July 9, 2010

Ayuhai!Kasihan anak-anakku!

     Mendidik dengan kasih sayang. Biar sakit di hati asal ilmu dapat dikongsi.Anak-anak bagaimana pun tetap anak-anak biar mengaku lebih bijak dari yang layak.Guru sebagai pendidik, sebagai bapa, sebagi ibu.lapangkan dada ikhlaskan semua agar ilmu dikongsi sentiasa diberkati.Andai dulu, memukul, mendenda sangatlah perlu.Tetapi kini zaman telah jauh berubah. Menghukum, memukul bukan penyelesai masalah.

    Kata orang guru umpama lilin membakar diri.Biar diri musnah, asal dapat memberi cahaya yang indah.Tetapi kini ramai guru mengajar bukan untuk berkongsi ilmu tetapi sekadar menunggu hari menerima gaji.Maka wujudlah insan bertopeng guru yang sebenarnya sangat berbahaya kerana anak-anak murid mungkin takkan berjaya.Lalu wujudlah kes-kes terpencil yang membuat guru sebenar menggigil kesal dan marah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Guru jika benar guru takkan mudah menghukum tanpa usul periksa hingga naik kasut ke kepala.Ayuhai!Sedih, malu dan kesal bersatu menjadi rasa malu di hati guru yang benar-benar guru kerana tindakan guru yang sepatutnya tak patut menjadi guru mengetuk kepala murid dengan sepatu atau menyebat tanpa langsung fikirkan akibat. Menghukum boleh, tetapi biarlah dengan akal yang waras bukan dengan hati yang panas.

   Anak-anak tetap anak-anak yang perlu dibentuk, dicanai dengan sabar dibelai dengan kasih sayang.Andai segala usaha telah dicuba, masih juga tidak berjaya, rujuklah si pakar agar dapat nasihat berguna.Takkan selesai masalah dengan menghukum, dengan mengugut kerana anak-anak takkan dewasa pemikirannya jika guru yang mendidik hanya suka mengherdik.Anak-anak tak mugkin sama kerana mereka hanyalah insan biasa. Ada yang bijak, ada yang sederhana maka fahamilah mereka kerana guru juga pernah menjadi anak-anak.Benar, bercakap lebih mudah dari bertindak tetapi kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih maka bukankah guru juga boleh memilih?

   Tak tahu kenapa, hati rasa sedih rasa kecewa mendengar kisah guru suka menghukum tanpa usul periksa.Mendenda sedikit apa salahnya bukan dengan mengetuk kepala.Ayuhai guru!Terasa mengalir airmata kerana anak-anak murid anak-anakku juga.Berilah kasih sayang, perhatian dan kesabaran insyaAllah anak-anak akan jadi umpama permata.Meski apa pun,saat ini di hati terngiang lagu "Ayuhai!Kasihan anak-anakku!"

4 comments:

Anonymous said...

Salam... Scarlett... hi.. I agree with your statement. Setuju sangat.. sayangilah anak-anak murid kita seperti anak2 kita sendiri. Pahala Allah janjikan bukan sedikit untuk para guru dan murabbi. Ingatlah sebelum menghukum.. saya pun cikgu disiplin di SMK Pasir Gudang 3.. mendengar cerita ini membuat saya sedikit kesal. Sering saya ingatkan diri saya agar jangan sampai menghukum di luar batasan.. but please lah.. not the shoe on the head... Saya rasa kita patut muhasabah diri kita, siapa kita sebenarnya, siapa yang menghakimi kita kelak.. hidup tak selamanya dunia.. akhirat menanti kita dengan apa yg kita lakukan di dunia... Maafkan segala kesilapan..halalkan yang telah diberikan.. kepada Allah kita berserah.. Terima kasih..

Uji Hussein said...

Thank you for the response.To tell the truth, at this moment, I am still feeling like crying thinking about the shoe on the head.

ROSE said...

Alhamdulillah....kalau semua para cikgu punya kesedaran dan tanggung jawab sebagai guru yang sebenar ini semua tidak akan terjadi kan. Anak2 adalah amanah Tuhan(tak perlu anak sapa pun) jaga lah anak2 itu dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab. Guru juga bagaikan ibu dan bapa,ikhlas lah dalam mendidik anak2 kita, guru juga contoh bagi mereka. Adakalanya anak2 lebih menyayangi guru2 mereka, mereka tak pernah sibuk bila tiba hari lahir dan hari ibu atau bapa mereka....tapi bila hari guru...Sabar lah dan buat lah kerana Allah..insyallah kita dapat lakukannya...tapi x semua guru macam tu kan....Wahai semua guru2 jadilah guru yang sebenar2nya guru....walauapa pun terima kasih guru2 yang telah mendidik anak2 saya,ikhlaskan ilmu yang diberi. maafkan mereka jika ada melakukan kesilapan. Terimakasih teacher..

Uji Hussein said...

Thanks a lot for the response.Semoga anak-anak puan jadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.

Post a Comment