Monday, July 26, 2010

Kisah si magpie

     Alamak!Dah sejam rupanya aku kat depan buah hati aku cik Lenovo cute ni.Patutlah cik abang dah pandang semacam...( Jealous le tu!).Sekejap lagi terpaksalah aku log out.Tapi sebelum tu aku nak cerita sikit tentang seorang insan yang sangat rapat tetapi sangat jauh dengan aku.( Betul ni )

   Hamba allah ni biasa je kaya tak sekolah tinggi pun tak.Tetapi berlagaknya masyaallah tuhan saja yang tahu.Seolah-olah segala isi dunia ni dia tahu.Setakat ni cakap omputih je dia mengaku surrender dengan aku.Maklumlah walau pun aku melayu, aku pentingkan juga bahasa penjajah ni kerana ia adalah bahasa ilmu ( Ijazah aku pun TESL)

   Berbalik pada hamba allah ni tadi, setiap hari ada saja cerita kurang sedap yang ku dengar tentang dia. Mulut dia bila bercakap kalah si magpie ( murai).Hal politik, dunia, sekolah, isu semasa semua kononnya dalam kocek dia.Dengan jiran tetangga pun dia buat hal.Baru-baru ni aku dengar dia terima surat layang menegur ( dengan cara baik ) akan bahasa kurang sedap yang dia selalu guna dengan pelanggan ( Dia berniaga di kedai makan).Tetapi malangnya surat tu org lain baca dulu dan tak sanggup serah pada si magpie ni.Maknanya sampai ke saat ini, si magpie ni tak taulah ada orang hantar surat layang tu.

   Yang buat aku bengang dan sakit hati, ibarat cubit peha kanan peha kiri pun terasa.Aku taklah kaya tapi senanglah juga ( rasanya nak apa semua ada)Tetapi si magpie tu punyalah berlagak seolah-olah aku ni gagak.Biasanya aku tak kisah keluar duit beli mainan atau makanan untuk anak-anak dia tapi sekarang syaitan dah masuk jarum maka aku pun tak ingin belikan apa-apa lagi untuk anak dia.Malangnya anak-anak dia pun terdidik dengan sikap berlagak dan menongkat langit.

  Kini aku dalam dilema.Ingin ku tegur, ahh... aku ni siapa?Ingin ku biar.....kasihan dia jadi bahan ketawa!Entahlah

0 comments:

Post a Comment