Sunday, July 18, 2010

Kami follow!!!!!

    SY,KR dan KE.Tentu ramai yang kenal singkatan yang diberi.Bukan jenama atau plat kereta tetapi merekalah penghibur hati yang lara.Dengan adanya mereka, duniaku makin meriah dan hatiku tambah gembira.Hilang segala duka dan lara.

  Lagu merapu ramai peminatnya.Ah!Malu nak mengaku kerana dulu akulah pengkritik paling utama.Yalah, cakap omputih tu merepek merapu.Tetapi lama kelamaan, terpikat pula.Namapun merapu maka tentulah bunyi nya tak tentu.Nak kata cakap omputih, bunyi langsung tak macam mat saleh.Nak kata cakap melayu, aiii.... mana ada melayu cakap macam tu.Tak kisah kerana yang penting terhibur hati yang lara.Tu tak termasuk cerita tentang Mak Ning.Hilang semua yang pening.

  KE pula pembela wanita.Pantang ada kes lelaki mendera mental atau fizikal, cepat saja dia membela.Tu yang aku suka.Lagu-lagu pilihannya pula.....wahhhh....Hebat-hebat belaka.Maklumlah selera orang lama.Kawan seorang lagi tentulah si Abby.Bila gelak, hai....semua masalah pergi.Kelakar tetapi penuh ilmu.Seorang lagi si Najman.Asyik pon!pon! Tapi happy je  kerja semua orang suka.

 Bagi anda yang kurang mengerti, janganlah bersusah hati.Singgahlah ke Sinar (87.8 Eh tapi itu kat JB) Klik je internet, kerana semuanya di hujung jari.Ada masa, dengarlah sendiri. Radio SINAR (Kami follow!)Muzik Retro Terbaik.

  Terima Kasih Salih Yaakob aka Mak Ning aka Mat Saleh, Khairul Rashid, Kak Engku Raja Azura, Abby Fanaskoba (apa ntah ), Najman suami Cik Hawa dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment