Monday, January 31, 2011

RUSUHAN DI MESIR:SELAMATKAN ADIK AKU! BAWA DIA PULANG!!!!!!

   Malam ini, sambil mengunyah burger ayam spesial, ( hujan-hujan ni aku tak tahan lapar!Kalau tak makan kang sakit sape pulak yang susah.Aku jugak.Tu yang aku asyik mengunyah tu!jangan marah ye) aku sempat berbual dengan seorang teman yang bermastautin di US dan kebetulan baru saja pulang dari Mesir.Menurut katanya, keadaan rusuhan di Mesir makin parah.Keselamatan makin tidak terjamin.Bukan setakat di kalangan rakyat asing tetapi juga rakyat tempatan.Konon katanya ada khabar angin ( atau mungkin juga benar.Wallahualam..) ada rakyat Malaysia yang telah dirogol.

  Kebetulan juga semasa aku kepedasan mengunyah burger ayam spesial ( sos cili je tapi aku tak suka pedas) aku terjumpa luahan rasa seorang teman blogger yang adiknya berada di Mesir.Kawan aku tu risau kerana keselamatan adiknya tak terjamin.(Tak percaya?Baca kat link yang aku buat tu.Klik je le)Kalau aku jadi dia pun aku risau.Jangankan adik, kucing aku tak selamat pun aku boleh menangis berjam-jam bengkak-bengkak mata.Aku cuba share entry dia kat FB tapi denied.Tak tahulah kenapa.Jadi aku share kat sini ye.Mudah-mudahan rusuhan di Mesir tu akan segera berlalu.Buat teman aku tu, aku dan teman-teman lain sentiasa berdoa mudah-mudahan dia selamat.

SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR.
SEGERA BAWA MEREKA PULANG!!!!

Doaku sentiasa buat kalian...

Jemputlah menari Abang DIGI!Barulah Happy!

   Sejak sibuk blogging ni, jarang-jarang aku check email.Kadang-kadang seminggu baru aku check.Hari ni entah kenapa aku teringin sangat nak check email walaupun ' siput tenet ' ni dah makin parah.( Maklumlah dah over limit.Tak pe.Hari ni aku kasi makan balik kat Celcom Centre.Tapi dah 2 hari hujan lebat ni!)

     To my astonishment,( cakap London pulak sebab dah lama tak blogging cakap London.Ramai sangat yang tak kasi)  ... Makna cakap London tadi tu; tiba-tiba aku terkejut yang amat sangat kerana ada satu email dari abang DIGI mintak aku jawab survey.Dalam hatiku berkata,"Patutlah BE DIGI aku yang nama Happy tu tak happy-happy kat blog aku.Agaknya sebab aku tak jawab survey lah tu." Entah-entah abang DIGI ingat aku sombong tak sudi nak jawab soalan.Sebenarnya memang betul-betul aku tak perasan yang aku sebenarnya DIGI ANGEL.( Cewah!Macam Charlie's Angels pulak).harap-harap lepas ni abang DIGI terus menari tango atau salsa atau zapin di blog aku.

    Pengakuan berani mati aku adalah: Aku pilih jadi DIGI Angel( walaupun aku tak pernah berlakon iklan DIGi macam Mr.Curly) kerana aku benar-benar setia dengan abang DIGI.Buktinya dah bertahun-tahun aku guna DIGI dan .....tut!tut!Eh ada call masuk.Aku berhenti dululah.Terima kasih DIGi kerana memudahkan hidupku.(Lepas ni rancak-rancaklah menari Tango ye)

Teruslah tersenyum Oh DIGI!

Ini Charlie's Angels dulu-dulu.

Yang ini pulak yang sekarang.
( Dua-dua aku tak join.Aku join DIGI ANGELS)

Yang ni je gambar yang Cik Google sudi nak pinjamkan.

ANDA BAGAIMANA?

There are so many sales going on this time of the year – fashion apparels, furnitures, gadget, you name it! Eye on the #CelcomEveryone sale!

Burung biru ajak pergi tengok yang ni pulak.Click!Click!Click!

WOW! Samsung Galaxy tab & LG Optimus 7 are up for grabs along with a super duper deal from Celcom. It's going to be my must-have to start off 2011! #CelcomGreatSale

Tengok yang ni jugak.Burung biru kata BEST!Click!Click!Click!

Wohoo! No satellite dish, no drilling! Watch your favourite TV Shows from your own comfort zone with #fineTV!

Belum faham juga TV apa ni? Jom ikut burung biru pergi check!Click!Click!Click!

@Jipaban is here to bring you another promo that is too good to be missed. CNY and Vday is around the corner! Prepare to put on your favourite oversized tshirt & nerdy glasses & go crazy shopping at the comfort of your own home!

Yang ni pun burung biru suka.Tak caya?Click!Click!Click!

Vegetables? Tofu? Wholemeal bread? What we all need now is a profile test to determine what we need to improve. Thank you, #NestleProfiler!

Burung biru berpesan lagi.Harap dah baca ye.Pas tu jangan lupa klik!

Aku dan dia...

PERBEZAAN KAMI

Menu sarapan pagi dia dan aku

Dia makan kacang panggang : Aku makan ayam panggang


Dia minum air suam : Aku minum milo suam

Dia minum susu suam : Aku tetap minum milo suam 

Menu tengahari
Dia makan oat ( nampak macam enak ) : Aku makan nasi dengan lauk punyalah banyak!

Menu makan malam

Dia makan nasi dengan ayam, telur dan ulam-ulaman
:
Aku makan nasi(kadang-kadang nasi lemak) dengan ayam, daging, (kambing pun aku bedal), sayur dan kadang-kadang je makan ulam-ulaman.

Menu Supper
Dia tak makan apa-apa 
:
Tapi aku?
lepas blogging perut lapar je jadi roti ( kadang-kadang order roti sardin lagi), biskut,snack (terutama kacang Ngan Yin), sup dan macam-macam lagilah.Tambah pulak milo panas bergelas-gelas.

Namun kami tetap ada persamaan...

PERSAMAAN KAMI


Dia guna lenovo(warna biru, jenisnya aku tak tahu)
:
Aku pun guna Lenovo( Tu!Yang warna purple berbunga-bunga tu!)

DIA YANG AKU MAKSUDKAN ADALAH ...
-
-
-
-
-
-
-

...EN BEN ASHAARI

TQ so much En.Ben atas sokongan anda...

Sumber daripada : Cik Google dan RAPI Bil 157 

Sunday, January 30, 2011

Keputusan rasmi PKR DUN Tenang

  
Johor, negeriku...


   Maaf!Maaf!Blog aku bukan blog politik tetapi aku ingin berkongsi kebahagiaan atas kemenangan calon BN.Aku cuma ingin mengumumkan calon BN menang dengan majoriti 3707!Tahniah buat semua jentera parti kerana telah bertungkus-lumus menjayakan pilihan raya kali ini.Biarpun beribu rintangan dihadapi, dituduh kafir oleh saudara sendiri, kalian tetap tabah demi kelangsungan maruah bangsa.Banjir dan hujan lebat adalah hujan rahmat.Syukur padaNya!
Keputusan rasmi PRK Tenang:

BN = 6,699 ( Mohd Azhar Ibrahim)
PAS = 2,992 ( Normala Sudirman)
Majoriti = 3,707
Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.




Chill out into the weekends at #friendscino ! Only RM19.90 for World's Fav+(non alco)Free Flow drinks. Get it at #milkadeal .

Terima kasih dengar burung biru cakap!

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season! #CNYhotticket

Dah dengar tu burung biru cakap?

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

Head over to this link & you can play the #MiloFuzeJamPack game. You would be the few lucky ones to walk away with prizes like iPad or even an iPhone. Cool or what!

Head over to this link & you can play the #MiloFuzeJamPack game. You would be the few lucky ones to walk away with prizes like iPad or even an iPhone. Cool or what!

Segmen Blog Aku Bukan Privasi lagi

SEGMEN : BLOG AKU BUKAN PRIVASI LAGI

Syarat dan Terma;
  • Follow Blog ini jika perlu. ( Dah lama sangat follow )
  • Buat satu Entry; "Blog Aku, Bukan Privasi Lagi "(Sedang diusahakan)
  • Letakkan header Blog Privasi dan Linkkan ke sini. (Telah dilaksanakan )
  • Describe Blog Anda. ( Simplest is the best ) : Blog atas nama Scarlett's Petals ini telah dimulakan pada 8 Mei 2010.Setakat hari ini, 30 Januari 2011 jam 6 petang, blog ini mempunyai  seramai 1048 blogger berhati mulia sebagai blogger.Tema pilihan adalah warna ungu muda kerana aku suka sangat warna ungu.Tema 'lilac and retro' tu saja aku pilih kerana aku jatuh cinta padanya.Aku update entry minima sekali sehari dan setakat ni maksima 20 kali.Isu yang aku perkatakan adalah isu semasa dan pengalaman sebagai pendidik yang ku sampaikan secara santai.
  • Tagged 3 Kawan Anda. Pastikan mereka tahu tentang Entry ini. Ingatkan Mereka. Tag 3 kawan?jap ek aku pilih.
  1. Merpati Biru
  2. Cik Pora
  3. Qasih
Ok.Dah siap.Link akan ditinggal di ruangan komen Shaofie

  •           




       



    Saturday, January 29, 2011

    Adakah ini dikira gangguan seksual?

        Entry malam ini khas untuk meminta pendapat tentang seorang anak murid aku.Umurnya 15 tahun dan masih di tingkatan 3.Jantina : lelaki.Masalah yang aku hadapi ialah : Tanpa jemu anak murid aku ( Sebenarnya aku tak pernah pun mengajar murid ni tapi adat di sekolah aku ni, semua pelajar adalah anak murid aku) ... akan bertanya soalan yang sama seperti contoh di bawah.Hal ini telah berlarutan setiap hari selama 3 minggu.

    Soalan-soalannya adalah:
    "Teacher sihat?"
    "Sihat.Alhamdulillah..." Aku jawab.
    "Teacher dah makan?"
    "Belum.Teacher diet." Aku jawab lagi.Masih ikhlas.
    "Teacher dah minum?"
    "Dah kat rumah tadi.Teacher minum Milo." Aku masih lagi menjawab walaupun mula rasa something wrong somewhere.
    ( Soalan-soalan di atas aku jawab setiap hari selama 3 minggu)

    Soalan di bawah pula adalah soalan yang aku tak dapat nak jawab bila ditanyakan oleh pelajar yang sama pada  hari Jumaat, 28 Januari yang lalu.
    Soalannya:
    "Teacher dah kahwin?"(Dengan senyum dan mata yang agak nakal)
    Dengan spontan(Maknanya tanpa berfikir) aku menjawab:
    "Awak ni mabuk minum todi ke?"
    (Sebenarnya aku terkejut soalan itu yang ditanyakan)

    Persoalannya adalah:
    1.Apa aku nak jawab bila hari isnin 7hb Februari ini pelajar aku yang berwajah sayu tu bertanya lagi.
    2.Adakah ini suatu bentuk gangguan seksual?
    3.Apa yang patut aku lakukan?
    4.Patutkah aku merujuk pada pihak kaunseling?(kang tak pasal-pasal kaunselor kata aku perasan pulak)
    5.Patutkah aku hentikan pendekatan PT MCare ( Personal Touch /Care ) aka 'sentuh hatinya' yang aku amalkan selama ini?Pelajar sekarang bukan boleh ditengking dimarah jadi aku gunakan kasih sayang untuk mendidik.

    Aku berharap benar ada yang sudi merungkai kekusutan dan kekeliruanku sebagi seorang guru ini.
    xie xie.

    Sila lihat perbandingan di bawah menggunakan gambar milik kotak-mainan.blogspot.com

    Si ibu kucing tu adalah aku dan si anak tu pula anak muridku jadi there's something wrong somewhere dengan anak murid ku itu.

    Tajuk : Tak kisah la anda nak letak tajuk apa..(Kata Zairie jadi aku letak je kata-kata dia tu jadi tajuk)

    Zairie Husin

    Syarat-syarat penyertaan :

    1. Buat entry tajuk seperti di atas. (Ni aku tengah buat entrylah ni walau pun mataku seperti digam dengan double -sided tape.)
    2.Letak header Zairie.(Yang kat atas tu ke?Simplenya....)
    3.Review blog Zairie.(Tak jadi masalah tapi jangan marah tau kalau ada yang tak berkenan)

        Blog zairie ni antara yang paling simple pernah aku jumpa.Warnanya simple,widgetnya pun taklah berlambak-lambak sampai mengantuk aku tunggu nak loading.Entry yang ada pun ok.Taklah panjang berjela.Follower boleh tahan ramai.Setakat yang aku nampak sekarang ni ada 1154.Semua ok cuma satu je kalau boleh diubah iaaitu tulisannya yang agak kecil.Kalau boleh besarkan sikit tentu cun.Di bawah adalah hasil dapatan dari kajian yang aku buat.Sila lihat perbandingan antara berat Zairie dan aku.

    #
     Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
    1zairiedinzly.blogspot.com76.18 KB0.13 seconds0 seconds

    2scarlettj1.blogspot.com110.67 KB0.32 seconds0 seconds


    Terbukti bahawa Zairie lebih slim dari aku.Yang lain tu, silalah tengok sendiri ye.Klik di sini    







    untungnya jadi pakcik maarof aka cikgu maarof kerana dapat cuti lama-lama...

       " Sakit ke?"Seorang makcik bertanya padaku.Setting of place, di sebuah klinik kerajaan.
    "Ya.Demam."Aku menjawab dengan ikhlas
    "Anak kerja apa?" Tanya makcik tu lagi.
    "Cikgu!" Aku menjawab lagi.Juga dengan ikhlas.
    "Oooo...Senanglah nak cuti lama-lama macam cikgu Maarof ni!" Kata makcik tu lagi sambil memuncungkan bibir ke surat khabar yang dipegangnya.
    Dush!Buk!Buk!Pang! Tiba-tiba aku rasa seperti ditumbuk, ditampar bertubi-tubi.
    " Mak cik oi!Aku datang cuma nak ambil ubat je bukan nak ambil MC!"..dan aku pun terus membelasah makcik tu hingga lembik masuk ICU.Orang lain cuma berani tengok je.
    Tiba-tiba, " Aduh!" bedebub aku jatuh katil.Rupanya aku mimpi.

       Buruk benar rupa aku jatuh katil.Tapi tiap satu tu ada hikmahnya.Kalau aku tak mimpi yang menyakitkan hati tu, aku tentu tak jatuh katil.Kalau aku tak jatuh katil, tentu aku tak sedar waktu subuh dah nak habis.Kalau aku tak sedar waktu subuh dah nak habis, tentu aku tertinggal solat subuh.Syukur alhamdaulillah.... aku tak tertinggal solat subuh.

       Lepas solat, aku terus kejut Cik Lenovo Ungu aku.Cukup-cukuplah tidur tu aku kata.Sambil tunggu CELCOM buat kerja membawa aku ke alam siber, aku selongkar timbunan akhbar mencari Utusan Malaysia semalam.Oooo...Inilah dalangnya!

    KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.
    Berita lanjut baca di Utusan Malaysia

       Aku baca dengan geram dan marah!Kalaulah pakcik maarof ( huruf kecik tu ada makna tu.Fikir sendiri ye!) tu ada depan aku, aku suruh dia makan ubat cepat-cepat kerana penyakitnya SANGAT KRITIKAL.Dulu aku kena chicken Pox pun cuti 7 hari je.Aku baca juga apa yang kawan blogger,Shamsul Yunos aku yang marah ni tulis.Baca sendiri untuk lebih faham kenapa aku rasa nak tarik telinga pakcik maarof tu.

       Betul-betul memalukan.Cikgu apa kalau penipu macam tu.Kalau betul-betul sakit, duduklah kat rumah, minum kopi, makan mi,goyang kaki, tayang gigi.Kalau boleh merayap sana-sini baiklah engkau pergi sekolah.Aku simpati dengan nasib anak-anak di SMK Tenang Stesen, Segamat kerana mendapat cikgu yang tak boleh diharap!

    Gambar pinjam dari selangordaily.com

       





    Segmen mari mengarang Bersama Kak Cik

       Mengarang?Memang hobi aku sejak dulu.Mula-mula aku minat mengarang ialah selepas membaca novel Konserto Terakhir karya Sasterawan negara Datok Abdullah Hussain.Tup tup hari ni terjumpa pulak entry Kak Seroja tentang mengarang.( Macam nama isteri SN D Abdullah Hussain... ) Walaupun agak terlewat, aku tetap akan turut serta.Maka inilah hasilnya...
    Syarat pertama :

          KAKCIK SEROJA

    Inilah kata kunci yang diberi...

    Inilah hasil karyaku.Harap dapat diterima.

       Kak Cik mengusap perutnya yang kian sarat sambil mengunyah kuih tepung talam yang telah lama Kak Cik idam-idamkan.Tiba-tiba airmatanya mengalir mengenangkan kejadian hitam yang bukan sekadar gangguan seksual semata.Gangguan itulah yang menyebabkan Kak Cik hilang permata yang paling berharga iaitu maruahnya.Kalaulah Kak Cik ada kuasa ajaib, telah lama Kak Cik kembirikan makhluk tidak berotak itu agar dia tahu apa makna kembiri.Tiba-tiba tekak Kak Cik teringin benar merasa halwa maskat.Kak Cik sedar adat orang mengandung mengidam macam-macam.Teringin benar Kak Cik menjamah halwa manis yang dibuat oleh Kak Cik Seroja, jirannya.Kak Cik tahu Kak Cik Seroja sibuk mengambil upah menjahit pakaian untuk mendaki namun sejak Kak Cik mendengar Kak Cik Seroja membaca sajak ulang tahun kelahiran anak abangnya, Kak Cik tahu kebaikan hati Kak Cik Seroja.Maka dia pasti penuhi apa juga permintaan Kak Cik.Sambil mengusap perut dan mengenangkan nasib anak tanpa ayah dalam kandungannya, Kak Cik menonton filem Zombi Kampung Pisang di tv.Terubat sedikit lara di hati Kak Cik.Namun tak lama Kak Cik larut dalam kesedihannya  kerana apabila azan berkumandang, dengan segera Kak Cik bangun untuk berwuduk.Jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi pun, Kak Cik akan bergegas bangkit untuk bersolat.Mudah-mudahan dengan solat itu, hati Kak Cik reda menerima ujianNya ..... melahirkan anak tanpa ayah.


    Takkan Kau berikan aku ujian melainkan kau tahu aku mampu menerimanya...
    ( Gambar dari mistisfiles.blogspot.com )

    Thursday, January 27, 2011

    BE ketiga ku kian rancak menari...

       BE?Yahoooo!!!!( Opps!Syukur alhamdulillah)Syukur atas pemberian BE ku yang ketiga iaitu IPTV SS.Teringin nak buat entry tentang IPTV SS ni tapi aku kena menanda buku anak-anak murid aku.Esok janji nak pulang buku dia orang.Lepas tu aku kena siapkan buku rekod mengajar sebab esok aku kena hantar.Mana boleh hantar lewat.Malulah aku pada pengetua!Jadi aku akan usahakan untuk buat entry tentang BE yang pertama iaitu Burger King new Promotion LB dan BE ketiga ini.(BE kedua Digi Happy aku dah buat dah)

    Inilah  rupa aku yang gembira dengan kedatangan BE ketigaku.
    (Gambar michaelyani.blogspot.com punya)

    Yang ini aku tempah khas dari zazzle.com.
    Terima kasih Cik Nuffy!!!!
    Kalau sudi, berilah aku BE lagi...

    BEN ASHAARI BLOG

        Maafkan aku.Bukan niatku untuk hadir lewat.Semuanya kerana keadaan yang memaksa.Aku harap kehadiranku masih dapat diterima kerana tanpa penerimaan itu akan meranalah aku...
    ( Intro aka pembukaan aka sekapur sirih aka pembuka bicara buat menambat hati En Ben )
    Ringkasnya : 
    Akut terlambat untuk ikut serta dalam BLOGLIST BEN ASHAARI YANG BARU.
    Tapi aku nak masuk jugak!!!

    Macam biasa aku kenalah penuhi syarat-syarat En Ben tu.
    (Dek selalu sangat join segmen En Ben, aku dah terhafal apa yang En Ben nak)

    BEN ASHAARI
    1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG ( Dah buat dah tu)
    2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. ( dah buat jugak)
    3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..
      Jumlah update sehari paling sikit 1.Paling banyak masa cuti sekolah hari tu sampai 10.Jumlah hingga saat ini 514.
    4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..: Hiss!Rugi siapa tak minat.Tambah pulak En Ben dah banyak membantu memperkenalkan blog Scarlett's Petals ni.Kalau takde En Ben entah-entah dah tutup blog ni.
    5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?Ada peluang ke nak jadi popular ni?Kalau aku popular, aku akan menulis sebuah buku menceritakan pahit getir aku dalam dunia blogging.Aku juga akan membukukan semua entry aku dari yang pertama hinggalah yang lain-lain tu.
    Dah siap pun.

    Bunga untuk ambik hati En Ben pinjam dari Cik Google.