Saturday, January 29, 2011

Segmen mari mengarang Bersama Kak Cik

   Mengarang?Memang hobi aku sejak dulu.Mula-mula aku minat mengarang ialah selepas membaca novel Konserto Terakhir karya Sasterawan negara Datok Abdullah Hussain.Tup tup hari ni terjumpa pulak entry Kak Seroja tentang mengarang.( Macam nama isteri SN D Abdullah Hussain... ) Walaupun agak terlewat, aku tetap akan turut serta.Maka inilah hasilnya...
Syarat pertama :

      KAKCIK SEROJA

Inilah kata kunci yang diberi...

Inilah hasil karyaku.Harap dapat diterima.

   Kak Cik mengusap perutnya yang kian sarat sambil mengunyah kuih tepung talam yang telah lama Kak Cik idam-idamkan.Tiba-tiba airmatanya mengalir mengenangkan kejadian hitam yang bukan sekadar gangguan seksual semata.Gangguan itulah yang menyebabkan Kak Cik hilang permata yang paling berharga iaitu maruahnya.Kalaulah Kak Cik ada kuasa ajaib, telah lama Kak Cik kembirikan makhluk tidak berotak itu agar dia tahu apa makna kembiri.Tiba-tiba tekak Kak Cik teringin benar merasa halwa maskat.Kak Cik sedar adat orang mengandung mengidam macam-macam.Teringin benar Kak Cik menjamah halwa manis yang dibuat oleh Kak Cik Seroja, jirannya.Kak Cik tahu Kak Cik Seroja sibuk mengambil upah menjahit pakaian untuk mendaki namun sejak Kak Cik mendengar Kak Cik Seroja membaca sajak ulang tahun kelahiran anak abangnya, Kak Cik tahu kebaikan hati Kak Cik Seroja.Maka dia pasti penuhi apa juga permintaan Kak Cik.Sambil mengusap perut dan mengenangkan nasib anak tanpa ayah dalam kandungannya, Kak Cik menonton filem Zombi Kampung Pisang di tv.Terubat sedikit lara di hati Kak Cik.Namun tak lama Kak Cik larut dalam kesedihannya  kerana apabila azan berkumandang, dengan segera Kak Cik bangun untuk berwuduk.Jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi pun, Kak Cik akan bergegas bangkit untuk bersolat.Mudah-mudahan dengan solat itu, hati Kak Cik reda menerima ujianNya ..... melahirkan anak tanpa ayah.


Takkan Kau berikan aku ujian melainkan kau tahu aku mampu menerimanya...
( Gambar dari mistisfiles.blogspot.com )

5 comments:

whitecappuccino said...

kreatif! memang scarlett pandai mengarang :)

shahrilhakime said...

kreatif...memang kreatif...jalan ceghitenye pun kene...memang menaghikk

A. said...

kreatif lahhh! i like! :)
follow scarlett dah. sudi2lah jenguk blog kite. i'm new blogger :))

Kakcik Seroja said...

Terima kasih SP kerana sudi turut serta. Cuma ada sedikit kesilapan - bukan SEJAK tapi SAJAK.

Kakcik dah letak link ini kat sana. :)

ZACK ENTRY said...

semoga berjaya..=)

Post a Comment