Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday


Cahaya Malika binti Asmawi.

    Akhirnya lahir juga cahaya mata kesayangan Mawi dan Ekin.Tahniah!Mudah-mudahan, Cahaya Malika akan menjadi seorang gadis cantik dan soleha.Berita lanjut tentang kelahiran Cahaya Malika, boleh digoogle atau cari di akhbar-akhbar.Menurut Mawi, makna  Malika adalah Permaisuriku tapi aku pernah terbaca makna Malika adalah 'pemilik.Sesiapa yang tahu bahasa Arab tu, sudi-sudikanlah kongsi ilmu ye.Aku tau jumjumatun @ tengkorak je. Walau apa pun maknanya, ia tetap cantik.Tahniah sekali lagi buat Mawi dan isteri.Moga tahun depan, tambah anak lagi.



Mawi, yang pernah menjadi fenomena dulu.
Tsumawi




Opps!Tiba-tiba aku teringat watak jahat Malika yang dibawa oleh Sheila Rusly.
Mati hidup balik aku ingat Malika ni maknanya tak elok.



Cik Ina dah ada dua putera.
Bolehlah berbesan dengan Mawi nanti ye?

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Wordless wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Monday, February 27, 2012

Hadiah buat follower bertuah

Akhirnya!!!!
Hadir juga follower aku ke 2424.

Tada!!!!
( Sila klik gambar kalau tak nampak ye )


Cantiknya blog dia!!!



 ... dan inilah si cantik yang bertuah tu!


Oleh kerana aku dah berniat,
aku akan hadiahkan sesuatu buat follower aku ke 2424, Cik Syamira.
Tunggu ye Cik Syamira! 



Fell?Feel?Fail?Seploh inggit!Seploh inggit!

No!No!No!
Aku nak cerita tentang FELT.
Ala... kain bulu-bulu yang cantik dibuat macam-macam tu.
Contohnya, hasil kerajinan tanganku ( cewah!),
siap lagi 2 beg duit felt tempahan budak-budak cinonet
sekolah depan rumah.
Sementara aku di sekolah ni,
jemputlah cuci-cuci mata.
( Ni scheduled entry tau!)


-
-
-
-
-
-
-
-
Tada!!!!


Bahagian depan


Bahagian belakang


Bahagian belakang


Bahagian depan

Saiz : 3 inci x 5 inci.
RM10


Cepat!Cepat! Satu seploh inggit!Seploh inggit!

Sunday, February 26, 2012

SEO tu apa?

Entry ringkas ni khas buat  tetamu baru ku, Cik Erra Najwa.
Terima kasih kerana sudi singgah ye.
Cik Erra ada tanyakan aku satu soalan.
Cuba tolong jawabkan kerana aku tau tapi aku tak tau macam mana nak terangkan.
Selama ni pun aku belajar dengan cikgu SEO aku.
Kalau takde sesiapa nak tolong jawab, nanti aku cuba buat entry untuk jawab soalan tu.
Sabar ya Cik Erra Fazira Najwa!

Meh tengok apa soalannya tu.


Jom beri support pada Cik Erra!


Dah abis dah?Alahai!!!

Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik, pejam celik,
dah habis dah cuti hujung minggu.
Esok, nak ke sekolah balik.
Dahlah tunggu 'buah' tak gugur-gugur!



Buah ni, cukup time, gugurlah dia.

Tengok siapa yang kena!!!!

Shhh!!!
Nak mengendap lagi ni.
Tengok!Siapa yang kena??
-
-
-
-
-
-

(1 )


Walau pun ranking berpuluh ribu, bukan bermakna Jemarisuri ni tak aktif.
Inilah antara blogger yang paling rajin say hi pada aku.
Dan yang sudi nak tempah beg duit felt( Kalau confirm )
Dengan sikapnya yang ramah dan kerajinannya up date blog, 
aku yakin Jemarisuri aka JS akan berjaya menaikkan rankingnya.



(2)


Blogger kedua yang aku terjah adalah Mialiana.
Si Mia ni memang sentiasa optimis, ramah, baik hati ....
Ranking dia pun pernah jejak 500 kalau tak silap.




(3)


Blogger Zwan Sabri ni antara orang yang paling awal say hi kat aku
masa aku mula-mula blogging dulu.Dengan kata lain, dia adalah senior aku 
dalam dunia blogging. 

Aku baru mengendap!Best woo!

(1)
Mula-mula, aku mengendap rumah Ben Ashaari.
Fuyoooo!209 je ranking Alexa dia!
Klik gambar tu kalau nak lebih jelas ye.


(2)
Kemudian , aku mengendap si Lyssa.
Pun hebat!
Kagum aku!



(3)
Bergerak pulak ke rumah Mak Dara.
Mak Dara ni pun makin lama makin hebat.


(4)
Ni pulak rumah Encik Mat Gebu. 
Walau pun En.Mat Gebu ni tak pernah say hi kat aku, tiap-tiap hari aku jenguk dia.



(5)
Best juga mengendap ni.
Alamak!Rumah aku da....
( Segan pulak nak komen)
Dah masuk dua tahun, kat situ je ranking aku.



(6)
Tiba-tiba, aku terdengar suara baby menangis!
Fuyooo!Ujang tengah tukar lampin anak dialah!
Ranking Ujang ni pun boleh tahan..
( Apa lah Ujang.Ada iklan payuda** idaman kat rumah dia)



(7)
Akhir sekali aku menjenguk rumah Abang Gedek , pemilik wajah tanpa senyuman.
Dalam sehari, entah berapa orang masuk rumah Abang Gedek ni.Jadi, aku agak, ranking dia patut lebih baik dari aku.
Mungkin sebab Abang Gedek kurang buat entry SEO ni.


Oklah.. Penat pulak aku mengendap.
Nanti aku nak mengendap rumah orang lain pulak!

RM50 pun nak mengadu!

    Opps!Tajuk pagi-pagi minggu ni agak panas dan sensitif.Bukan aku nak kata apa, setakat M50 setahun, apalah sangat kan?Tak jadi papapun.Ikhlaskan ajelah.Itu pun nak mengadu pada NUTP. Itu adalah reaksi awal aku bila baca tentang sebuah sekolah di Johor yang mewajibkan guru-guru DG44 untuk 'menyumbangkan' RM50 setahun pada pihak sekolah.Bayar kereta beratus-ratus ringgit sebulan, ok pulak.Soalnya sebenarnya adalah keikhlasan.Cuba ikhlas dan niatkan untuk kebajikan anak-anak murid, tentu tak berat nak keluarkan duit tu.Pahala pun dapat.( Kenyataannya di sekolah : Guru-guru di sekolah aku mengeluarkan lebih daripada RM50 setahun untuk pelbagai keperluan di sekolah.Tapi kami tak mengadu pada NUTP kerana kami ikhlas.


    Isu kedua tentang guru adalah tentang masa.Sejak aku mula mengajar, aku dah biasa sampai di sekolah lebih kurang pukul 6.30 pagi.Aku rasa lebih bersedia untuk mengajar jika sampai awal ke sekolah.Jalan tak jem, otak dan badan pun segar.Barulah semangat nak mengajar.Tapi ada juga guru yang mengadu pada NUTP kerana diminta datang 15 sebelum jam 7 bersamaan 6.45 pagi.Kenyataan NUTP pula mengatakan guru hanya wajib berada di sekolah mulai 7.40 atau 7.50 pagi.Yang ni aku confuse sikit.Kalau perhimpunan sekolah bermula 6.50 pagi, dan kelas wajib selepas perhimpunan mulai 7.30 pagi, siapa yang patut mengawal dan memantau para pelajar, jika semua guru ikut kata NUTP wajib mula bertugas jam 7.40 - 7.50 pagi?

   Kesimpulannya bagi aku yang lurus bendul ni : Kita WAJIB ikhlas dalam menjalankan tugas.Tak perlulah terlampau berkira kerana kita adalah guru = pendidik, bukan setakat guru = cikgu semata-mata.Insya allah, andai kita ikhlas, kita keluar RM50, kita akan dapat beringgit-ringgit!Fikirkanlah!




Antara guru-guru ikhlas yang aku kenal.
Tengok? Dulu dewan ni tak berdinding.
Hujan atau panas, guru-guru ni ikhlas demi kepentingan anak-anak
Tapi sekarang, dewan ni dah pun berdinding.
Dulu, mereka tak mengadu pun pada NUTP.
( Guru-guru ni mula bertugas 6.50 pagi dan tamat paling awal 2.05 pagi.Jika kelas Sains, tamat jam 3 atau lebih )
     

Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....

Nasib seorang blogger

   Kesian dia..
Jam dah pukul 10.35 pagi.
Konon kata nak blogging pagi-pagi.
Almaklumlah, blogger tegar!
Tapi dengan pinggan mangkuk bertimbun yang minta dibelai
kain baju berlonggok minta disidai
Perut menyanyi keroncong minta diisi...
Terpaksalah dia melupakan hasrat blogging.
Buka blog, tengok visitor..
ala.... berapa je baru sudi datang jenguk!
Maka makin susah hatilah dia.
Tapi,
tanggung jawab pada keluarga mesti ditunaikan dulu.
Insyaallah..
kalau ikhlas,
Allah akan permudahkan segala urusan selepas ini sama ada...
 nak blogging ke,
nak menjahit ke,
nak buat beg duit felt ke,
nak itu, nak ini
dan macam-macam lagi.

Yang pasti,
sekarang adalah masa untuk berperang
dengan periuk dan belanga
kerana sebentar lagi,
masa untuk makan tengah hari.

Alamak!!!
Teringin pula nak makan kek untuk minum petang!

Fuhhh!

( 'DIA' di atas adalah aku )




kenapalah kau goda aku lagi???

Friday, February 24, 2012

Kura-kura datang lagi!

Aduh lah!
Baru je nak blogwalking..
Cik kura-kura ni datang lagi.
Terhangguk-hangguk
tersengguk-sengguk!
Aku ketuk baru tau!
Grrrrr!!!

( Mood geram sebab cik kura-kura CELCOM jalan terhegeh-hegeh!)



Terpaksalah aku mengalah dan sambung balik buat beg duit felt aku.
Masa kan emas , jadi mana boleh aku buang masa!

Beg duit felt Mickey Mouse

Tada!!!!
Dah pun siap...
Beg duit felt Mickey Mouse
tempahan cinonet bernama Alyaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian belakang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian depan.
Warna dan design semua budak Alyaa tu yang tentukan sendiri.
Dengan saiz 3 " x 5", harga RM10 aku rasa ok kan?



Thursday, February 23, 2012

Anak dara nak kerat **** Apek!

   Bila aku sebut Apek, aku rasa semua orang boleh agak Apek mana yang aku maksudkan.Ala...yang glamour tu!Hah!Oooo!Apex ye?Bukan Apek!Tak kisahlah asalkan semua faham yang mana satu orangnya.Aku nak cerita sikit pasal Apek ni.

   Tengah hari tadi, aku terdengar, anak murid aku berbual pasal Harimau yang tak garang-garang semasa melawan si mata sepet malam tadi.Mula-mula aku ingat, budak tu marahkan cikgu disiplin atau pun PK HEM sekolah aku.Biasalah... budak-budak generasi y atau z, mana nak terima nasihat orang!

   Tapi bila aku dengar lagi, rupa-rupanya anak dara tu marah sebab Apek lepaskan 4 gol semasa melawan Jepun malam tadi.Anak dara tu siap kata: Geram betul aku dengan Apek!Harap muka je handsome tapi main macam kayu!Aku rasa nak kerat ***** dia!Oleh kerana ayat yang keluar agak kurang senonoh, aku pun tegurlah anak dara tu elok-elok.Dia jawab:Menyampahlah teacher!Cari awek bukan main pandai.Kejap tukar, kejap tukar.Jaga gol macam orang takde **** je.Baik saya kerat **** dia!Mak aih!Itu jawapan dia!Tapi sempat juga kawan anak dara tu jawab:Ala... mestilah dia nak menangkan kerabat dia!

-
-
-
-
-
-
-




Memang ada iras orang Jepun.
Pinjam gambar Google

Entry emas

   Alamak!Kunci tak bawak!Terpaksalah aku tunggu di kelas dulu.Maklumlah pukul 6.25 pagi .... siapa yang ada di sekolah selain pakcik guard dan dot dot dot....
Sementara menunggu tu,
aku up date sikit blog ni.
Masa itu emas kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Entry ni ambik masa 4 minit je.
Mahal juga macam EMAS!
Ok.
Jumpa petang nanti!


Emas ni Cik Google pinjamkan...
Idaman setiap wanita.



Wednesday, February 22, 2012

Blogger baik hati sorongkan bantal

   Aku tak taulah aku ni blogger kategori apa.Nak kata otai, alamak... aku bukan Ben Ashaari atau Ujang suami Yana yang tengah sibuk tukar lampin anak tu.Aku pun tak sehebat Abang Ong  Gedek gedek yang cukup power menarik komen pembaca sampai beratus-ratus untuk satu entry.Nak kata aku blogger baru, tak acilah sebab dah nak masuk 2 tahun dah aku dok dating berjam-jam dengan Cik Lenovo aku ni.

   Tapi kan, aku betul-betul tak ingat macam mana nak buat printscreen akibat terlampau jarang buat printscreen.Tup,tup, seorang blogger bermata cantik, telah membuat tutorial khas macam mana nak buat printscreen.Ibarat kata orang lama, bagai mengantuk disorongkan bantal... Jadi, lepas ni dapatlah aku buat entry dengan printscreen balik.Tunggu!!!

Jom berkenalan dengan blogger yang sorongkan bantal tu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!!

Inilah dia blogger baik hati sorongkan bantal,
Lyssa Faizureen, gadis bermata cantik.
Thank you Lyssa!!!



Ini aku printscreen bila entah aku pun dah tak ingat.
Si Musang Merah ni pun, sampai hati, dah lama tak jenguk aku.


Ok, mana-mana nak cuba tutorial Cik Lyssa kita, silalah ketuk pintu rumah Lyssa