Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, March 31, 2013

Terkini!Gangster menyerang Pasir Gudang


Kumpulan gangster ini berasal dari kampung berdekatan kawasan kejadian. Ramai orang awam diserang . termasuk cybercafe, kedai burger , kedai snooker, dan kawasan sekitar Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor

BIAR BETUL????

Hukum makan belangkas

   Baru-baru ini ada anak murid aku yang mengatakan bahawa ustazah sekolah agamanya memberitahu bahawa memakan belangkas hukumnya adalah haram.Alasannya adalah, belangkas adalah haiwan dua alam.Aku pun try cari maklumat betul atau tidak kata-kata ustazah tu. Kebetulan, aku terjumpa artikel di Harian Metro bertarikh 30 Mac 2013, muka surat 26.Berikut, aku kongsikan apa yang tertulis di artikel tersebut.

   Belangkas atau limulus moluccanus adalah sejenis ketam yang besar dan berekor seperti mata sangkur, biasanya terdapat berpasang-pasangan.   Ia adalah sejenis haiwan SATU ALAM yang hidup di laut masin dan di sekitar paya air tawar.IA HANYA NAIK KE PANTAI UNTUK BERTELUR DAN TIDAK BOLEH KEKAL HIDUP DI DARAT KERANA BERNAFAS MENGGUNAKAN INSANG.

   Sesetengah orang memakannya namun tidak kurang juga yang belum mencubanya mungkin kerana beranggapan ia haram.Nmaun,mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2011, tiada nas qatie (dalil jelas) yang mengharamkan manusia memakan belangkas.Malah, menurut Muzakarah Jawatankuasa itu, hukum MEMAKAN DAGING ATAU ISI DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.

   Keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya termasuk MENELITI KETERANGAN DARIPADA PAKAR HAIWAN HIDUPAN AIR.Ia juga selaras dengan pandangan jumhur ulama yang menyatakan haiwan tinggal di darat semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan.   KESIMPULANNYA:HUKUM MAKAN DAGING DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.


Isi dan telur belangkas.



Gambar Google
Belangkas hidup


Gambar Google

Apa pulak hukum makan ikan tembakul ni ye?

Wanted!Datuk Seri Mohd Redzuan bin Sulaiman

   Pihak polis sedang mencari seseorang bernama Datuk Seri Mohd Redzuan bin Sulaiman.Sesiapa yang ada maklumat, diminta menghubungi polis dengan segera.Ada yang kenal?

Puisi Kasih

Bapa...
Kami puas derita
Malang yang datang bertimpa-timpa
Air mata sudah bisa penuhkan timba.

Bapa...
Semalam kau mengangkat adik kami
tetapi tempiasnya kami rasakan
kerana bahagianya adalah milik kami juga.

Bapa...
Kapan bisa menjenguk kami di panti ini?
Kerana di sini waktunya singkat.
Bila-bila masa saja kamibisa wafat.

Bapa...
Kapan bisa kami memelukmu?
Sekurang-kurangnya untuk dijadikan kenangan.
Seorang yatim bersama pemimpin penuh keagungan.

Bapa...
Hari ini kami terima ole-ole
Senyum kami sepanjang waktu
Seumur hidup tidak pernah menerima hadiah begitu.

Bapa...
Ampunkan kami kerana terpaksa meminta
Kerana kami sudah tidak punya apa-apa
Beras yang ada pun tunggu masa keringnya.

Bapa...
Jika tadi kami yang ketawa
Esok mungkin kami menjadi bahan berita
Anak yatim yang menjadi korban gempa.

Bapa..
Kami berhenti di sini
Air mata ini nampaknya mula menitis
Membasahi bumi panti.


 Sajak adalah nukilan SUKARDIN TELAUMBANUA,dari PANTI ASUHAN AL-WASLIAH,DESA MUDIK,PULAU NIAS,SUMATERA,INDONESIA.Sajak ini aku petik beberapa tahun yang laludi akhbar.Ia ditulis khas buat pemimpin kesayanganku TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD.Tajuknya adalah PUISI KASIH BUAT BAPA MAHATHIR

Effa Owana kahwin mek ganu putih sepuk!

   Selamat pagi!Apa sarapan pagi anda hari ini?Roti?Kuih?Laksam?Lontong kering, Roti canai?Nasi lemak?..... Fuh!Panjang sungguh senarai sarapan pagi orang Malaysia rupanya.Tu tak termasuk yang ke McD pagi-pagi buta semata-mata nak bersarapan.Betul.... Tak kiralah apa sarapan pagi kita.Yang penting sarapan.Pakar telah membuktikan bahawa sarapan pagi tu amatlah pentingsebagai persediaan hari tersebut.

   Jujurnya sarapan pagi aku semasa ke sekolah hanyalah roti sekeping dan milo secawan.Bukan nak diet, cuma memang perut jenis kecik.Tak larat nak makan banyak.Hari ini,oleh kerana masih cuti, aku teringin sangat nak makan sarapan pagi zaman jepun.(Agaknya kot sebab aku pun manalah ada zaman jepun tu.Cuma dengar-dengar cerita je) Sarapan ni istimewa kerana zaman aku kecik dulu aku suka sangat tabur gula atas dia,kemudian gulung ala-ala durian crepe tu.Entah dah berapa kurun aku tak mkan sarapan ni.Sarapan yang aku maksudkan adalah .......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lempeng!

   Walaupun rupa lempeng aku ni agak hodoh dengan kulit berkedut dan jeragat, tapi rasanya fulamak!Best sangat!Lebih-lebih bila dicicah dengan sambal tumis.Tapi, perut aku tak tahan pedas dan ambik masa lama nak buat sambal tumis.Tengok dalam gobok ada susu, madu dan gula.Emm.... Semua tu manis.Aku tak berapa suka benda manis.... Fikir lagi.... Oh yes! Makan dengan benda ni pun sedap....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sambal kicap!

  Yes!Boleh le tu.Lempeng dengan sambal kicap.Ibarat pebandingan Effa Owana kahwin dengan mek ganu yang putih sepuk come lote!

Satu Malaysia

Pontianak mengganggu time blogging.

   Setelah berbulan-bulan blogging tanpa gangguan, malam ini aku betul-betul diuji dengan kehadiran makhluk yang tak dapat aku elakkan; pontianak!Habis darah aku dihisapnya.Dahlah AUTAN si bomoh penghalau pontianak aku dah habis.belum sempat beli lagi.Nampak gayanya terpaksalah aku singkatkan masa blogging malam ini tanpa jalan-jalan malam walau pun hajat di hati masih teringin nak sambung jogging-jogging jari.Semuanya kerana dia.... si pontianak penghisap darah!

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar google.
Ni ha dia.Pontianak penghisap darah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar google
 Ini pulak Si AUTAN bomoh nyamuk.

Saturday, March 30, 2013

Biodata Daniel Guiza

   Siapa peminat Daniel Guiza, pemain hebat Johor Darul Takzim, yang muka macam Pakistan jual karpet tu?Kalau minat dan ingin tahu lebih lanjut tentang Guiza yang handsome hidung terletak tu, di sini aku kongsikan biodata yang aku cedok dari Wikipedia.

Danig.jpg
Nama penuh: Daniel Gonzales Guiza
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1980
Tempat Lahir : Jerez de la Frontera, Sepanyol
Tinggi: 1.82 m ( 6 kaki)

   Guiza merupakan pemain bolasepak professional Sepanyol yang dipinjamkan kepada Johor Darul Takzim dari Getafe dan bermain sebagai striker.Maklumat lain, cuba tengok di Wikipedia

Sedap belangkas,nampak!

   Siapa yang pernah ke Johor, tentu tau orang Johor suka makan belangkas.Begitu juga dengan family aku.Sebenarnya, aku dulu,pernah mabuk makan belangkas.Tapi, setelah bertahun-tahun, teringinlah pulak makan belangkas.Dan akhirnya, cuti raya cina baru-baru ni, aku makan belangkas lagi dengan family.Yang terkini, 27 Mac lepas.

   Macam biasa,yang sedap adalah telur belangkas.Tapi,kali ni aku tersilap kerana makan belangkassambil minum milo ais.Akibatnya, aku rasa lantai restoran tu tinggi rendah tinggi rendah je.Nasib baik aku tak termuntah.Hiii!!!Mabuk semacam.Tapi nasib baiklah tak seteruk mabuk makan belangkas masa aku kecik dulu.Alhamdulillah.....


  Tapi,aku tengok,family aku sedap je makan.Akhirnya,habis 3 pinggan belangkas dengan telurnya yang sangat mewah.Rasa-rasanya, ANDREW ZIMMERN, si botak BIZARRE FOOD tu, boleh makan tak belangkas?

Peminat setia belangkas

Berdebarnya!

Berdebarnya....
Sedangkan,
takde pun bunyi kompang!

Berdebarnya.....
Pada hal tak de apa-apa exam pun!

Berdebarnya...
walau pun tak de kena present apa-apa!

Emmm...
Ummmm

Thank you Guiza!

Oooo...
Rupa-rupanya
kerana 
Johor Darul Takzim 
dah score 2 gol
tapi Terengganu baru 1.

YEAH!!!!!

Dinner lauk pisang goreng lada.

  Buat pertama kalinya aku dinner makan pisang.Harga sekilo murah je iaitu RM9 berbanding jenis-jenis lain jejak puluh-puluh ringgit.Hajat asal nak masak singgang, tapi kerana dah masak sup cendawan ala-ala tomyam bubuh udang dan sotong, pisang tu aku goreng je.Goreng style orang Terengganu macam masa aku tinggal di Terengganu dulu iaitu guna lada boh, garam dan ajino.Kemudian, goreng sampai garing dalam minyak banyak yang cukup panas.

  Lepas tu, apa lagi?Makanlah... Alah mak!Habislah diet aku.Baru turun 5 kilo.Tapi sebelum aku goreng pisang tu, aku sempatlah ambil gambar.Maklumlah, selain semangat untuk blogging, tujuan aku adalah sebagai rekod.Sebenarnya inilah kali pertama aku jumpa pisang ni.Kalau jenis susu, belanak, tamuk, siakap,kembung dan lain-lain tu, aku tahulah.Jadi, inilah gambar pisang yang aku maksudkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Eh!Eh!Salah pulak.
Ni gambar cendawan sebelumjadi mangsa mati lemas dalam sup.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ha...Inilah dia pisang yang aku maksudkan.
Bukan pisang yang boleh buat cekodok tu,
tapi ikan pisang.
Telur dia sedap, kau!

    Agaknya orang lain dah biasa tengok ikan pisang ni,tapi aku tak pernah.Tu yang excited nak share tu.

Jemput makan semua!

Resipi istimewa sambal hitam

   Emm.... macam mana nak mula ek?....... Ok.Aku tanya soalan dulu.Soalannya adalah, banyak-banyak sambal, sambal apa warna hitam?Jawapannya adalah............Jeng!Jeng!Jeng!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAMBAL KICAP!!!

  Cara nak buat sambal kicapni mudah je.Yang susahnya kalau tak de 'rajin'.Hahaha!Apa pun tak boleh! Oklah... Bagi sesiapa yang nak cuba sambal kicapni,bolehlah cuba resipi di bawah.Tapi, ini resipi akulah.Tak taulah kalau ada resipi lain.Kalau tak pun tanya je mana-mana orang Johor.Mesti dia orang tahu resipi sambal kicap.

Bahan-bahan wajib ada adalah:

Kicap 4 sudu makan atau lebih ( Manis atau masin tak kisahlah.Yang penting, bukan kicap cair terlampau tu)
Bawang putih 5 ulas( Kalau nak rasa menyengat letak lebih)
Cuka 1 sudu makan ( Ganti dengan jus limau nipis atau limau kasturi pun boleh)
Gula ( ikut manis.Kalau dah guna kicap manis, bubuh sikit je gula)
Garam (Ikut suka)
Ajino(Kalau suka)
Lada(Ikut suka nak pedas ke tak.Kalau nak pedas,letak lada kecik)

Caranya:
1.Tumbuk semua bahan termasuk gula.
2.Letak kicap.
3.Letak cuka.
4.Letak garam,ajino.

Kalau boleh,guna lesung.Jangan guna blender.

   Sambal kicap ni sedap dicicah dengan jemput-jemput(bahasa Johor untuk cekodok), tempe goreng, pisang goreng, sukun goreng, pendek kata apa jelah yang digoreng dan juga sedap dicampur dalam sup atau soto.


Rupa jemput-jemput bawang aku.
Hahaha!!!!
Jemput minum petang.



Tahniah Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Alhamdulillah.... Ayu Raudhah telah pun selamat melahirkan puteranya di Johor Bahru.Mudah-mudahan akan jadi anak yang soleh, berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan negara dunia dan akhirat.
Tahniah AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Amboi!!!Rambut terpacak!

Yes!Indeed!

Friday, March 29, 2013

Haiwan pelik badan berduri.

Kreatif betul si tukang reka ni.

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

   Lama tak join any GA or segmen.Hari ni nak join juga GA MAK DARA walau pun masih tunggang-langgang mengemas rumah dan menyiapkan kerja sekolah.Harap-harap, adalah tuah aku nak menng.Asyik tak bertuah je...Syarat nak sertai sonang yo.

   Pertama;kena follow MAK DARA. Bab follow ni, memang tak jadi masalah.Dah berzaman aku follow MAK DARA.Kira aku ni saksi hidup betapa MAK DARA  ni semakin maju dari hari ke hari.Salutelah.  

 Kedua; buat entry dengan tajuk seperti di atas tu.Senang je kan?

 Ketiga; kena masukkan banner tangan warna emas tu.Macam film award pulak ek Mak.Kreatiflah MAK DARA ni.Kemudian kena linkkan ke SINI

Keempat, kena copy paste senarai penaja hadiah.Kalau nak link ke blog penaja tu, singgahlah ke blog MAK DARA ye.Ramai beno.tak larat nak letak link kat sini.Inilah senarai penajanya..


Kelima ; kena tag 3 orang rakan dan mereka yang ditag mesti tahu tentang GA ni.Emmm.... Aku nak tag siapa ye? Jap... Oklah... Aku nak tag
 Ok.Tu jelah... Aku nak beritahu 3 blogger bertuah yang aku tag ni dulu.

Amat berbaloi!

   Aku baru je selesai mencuci pinggan mangkuk.Biasanya cecair pencuci favourite aku adalah  SUNLIGHT sebab aku suka baunya yang harum dan kuasa mencucinya.Tapi, aku teringin nak try cecair pencuci Kedai Rakyat 1 Malaysia.Jadi, aku pun trylah beli.Saiz 900ml harganya cuma RM2  lebih.



   Lepas guna, aku buat kesimpulan, memang amat berbaloi kerana dengan harga yang jauh lebih murah, kuasa mencucinya lebih kurang sama dengan SUNLIGHT dan baunya juga sangat harum.Selain daripada cecair power ni, aku try juga serbuk kopi, coklat malt ala-ala Milo, gula, kicap, dan macam-macam lagi.Yang seronoknya, kalau ikut harga biasa, dengan barang-barang yang aku senaraikan tu, aku kena sediakan tak kurang RM80.Tapi di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA ni, aku cuma perlu bayar RM37.40 saja.Barang-barang yang aku beli tu pun sangat-sangat berkualiti.Kesimpulannya, lepas ni, lebih keraplah aku ke KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA tu.Jom!


Felt feeling good.

   Asyik menanda buku sekolah je.Boring juga kan?Jadi aku stop jap buat keychain felt.Dalam sejam lebih dapatlah 16.Sekurang-kurangnya release juga tension menanda buku anak-anak murid aku terutama composition.Tambah tension bila tulisan masing-masing boleh buat aku pening kepala.'Tulisan terlebih kreatif'.Sambil-sambil tu, dengar Sinar FM, celoteh KE,Abang Jem dan Kak Bed.Eh!Krill gi mana ye?


Tempahan orang Lok Heng.

Wednesday, March 27, 2013

Nak tempah rumah kucing tak?

   Sekadar nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan peminat tucen eh kucing.Manalah tau kot-kot ada yang sedang berkira-kira nak menempah rumah kucing.Aku berkenan juga tapi apa nak buat, aku cuma bela tucen di alam siber je.Jadi, apa lagi, silalah telefon EN.RAJALI ABD HASIM untuk maklumat lanjut.

Kita tengok rumah tucen En.Rajali buat.
Cantik kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sexiest Wednesday

Meow..........

Cutest Wednesday

Tuesday, March 26, 2013

Monolog

   Tiba-tiba terasa...
betapa sunyinya dunia.
Walau pun sekeliling
riuh rendah bunyi kompang.

Hebat seorang Mak Buyung

   Time cuti sekolah,ramailah cikgu-cikgu yang pergi holiday.Bukan setakat dalam negara, tapi juga luar negara terutama Indonesia dan Thailand.Tapi, aku tahu ada guru-guru yang sedang berhempas pulas menyiapkan 1001 kerja sekolah.Bukan setakat berumah di sekolah, tetapi juga bercuti-cuti Malaysia dengan kerja di rumah.Guru-guru hebat yang aku maksudkan tu, termasuklah Guru Setiausaha Peperiksaan sekolah aku, PUAN NORASIDAH ABDUL RAHMAN.Bukan setakat hebat gred A, tetapi hebat gred A+++++ kerana teman aku tu seorang mak buyung @ sarat mengandung!Rasa-rasanya, aku pun tak sanggup!

Mak Buyung ni pun dah tak larat

Kucing pun boleh....


Kucing pun boleh....


Can you read this?


I can!!!

Monday, March 25, 2013

Sunday, March 24, 2013

BE ke 45?

Haah!
Iyelah!
Nuffnang beri aku BE ke 45.
Tarikhnya 22 Mac 2013.
Tak perasanlah pulak.
Apa pun terima kasihlah Cik Nuffy
kerana terus beri kepercayaan.
Status hari ini,
masih ada 3 BE yang aktif.
Emmmm....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nak cash outlah.


BE ke 45.



Tigo ompek korek yo!

   Siapa perasan antara YB / menteri / VIP / VVIP, siapa yang sangat tebal jati diri Melayunya?Aku suka sangat dengar beliau bercakap.Sedap sangat di telinga.Tak payah belit-belit lidah cakap omputih macam setengah-setengah YB tu.Sempoi je beliau guna bahasa Negeri Sembilan.Dah boleh agak dah?Ni ha dia orang yang aku maksudkan................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Y.A.B DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HAJI HASAN

" Tigo ompek korek yo!"
( Tiga empat kerat je)

Let's have a break!