Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, December 21, 2010

Aku tak gila!Tolong!!

   Aku risau.Gilakah aku?Atau sekadar mengalami gangguan jiwa?Aku tidak berhalusinasi.Tidak juga berimaginasi.Apatah lagi berilusi.Namun kenyataannya aku menderita...

   Opps!Jangan salah faham dulu.Aku terlalu tua untuk menderita dek cinta.Cinta hanya untuk monyet (kalau cinta monyet ) bukan untuk aku.Sebenarnya aku menderita...ahh dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'suffering from' sejenis penyakit yang aku sendiri tidak pasti.(Bukan nama penyakitnya ye)

   Aku sedang dalam proses mengumpul maklumat apakah sebenarnya penyakit yang aku deritai.Bukan sekadar demam biasa kerana jika demam, panadol kan ada.Penyakitku penyakit aneh.Ia menyerang tak kira masa hatta sedang lena diulit mimpi.Tolong aku!!!

   1 Januari 2011, secara rasmi terbataslah masaku kerana sesi persekolahan telah bermula.Berlambak-lambak tugasan yang tak boleh ku elak.Aku takut, hakikatnya tersangat takut penyakitku semakin mengganggu.Tolong aku!!!Aku takut masa yang terbatas menjadikan aku semakin menderita dengan penyakitku yang entah apa.Tolong aku!Mudah-mudahan Allah mempermudahkan hidupku dan penyakit yang ku deritai ini dapat ku atasi.

Penyakitku .....

Gila... eh!Bukan gila!Aku tak gila!
Kemaruk berblogging!!!!
(Gambar ku pinjam dari temanku yang menderita penyakit yang sama )

2 comments:

Peri PiA said...

selamat belajar ;)

YUL said...

kahkah, peh, nak jadi seorang bloggers yg berjaya ye? ehehe ;P

Let's have a break!