Rasanya tentu anda pernah melihat gambar-gambar di bawah.Kucing memang haiwan yang comel.Biar bagaimana gayanya ia tetap comel.Kucing pemalas pun masih lagi orang suka.Tetapi kali ini aku bukan nak bercakap tentang kucing pemalas.Aku nak bercakap tentang satu jenis makhluk pemalas yang aku paling tak suka.Kalau boleh ku piat-piat telinga mereka biar panjang macam orang **** (etnik di Sarawak yang aku tak pasti Ulu atau Iban) zaman dulu.Atau ku tarik hidung mereka biar panjang macam Pinocchio.Atau ku sebat punggung mereka kuat-kuat macam emak sebat aku masa aku kecik dulu.Anda nak tahu siapa mereka?Silalah teruskan membaca.
Biarpun pemalas nak m*****, kucing ni tetap nampak cantik.
( Gambar ku pinjam daripada xaref.blogspot.com)
Wah!Bukan main kau berehat ye!Baju-baju dah basuh?Pemalas!
( Gambar ku pinjam daripada mastermindislam.blogspot.com)
Hari-hari membuta!Hari-hari buat t*** mata!
(Gambar dipinjam daripada kucing2terbiar)
Orang berblogging, awak pun nak berblogging!Tapi akhirnya kau terto*****g!Memang dasar pemalas!
( Gambar dipinjam daripada alyahya)
Ha...Inilah dia makhluk yang aku kata pemalas, yang aku benci, yang aku rasa nak piat-piat telinga dia, nak tarik-tarik hidung dia!Makhluknya : ANAK DARA PEMALAS!!!
Tahu makan, tidur, makan tidur.Kerja rumah semua emak-emak yang buat.Ingat emak awak tu bibik ke!
( Gambar dipinjam daripada kujie2.com.Aku letak gambar kartun je.Kartun tak boleh saman!)
Malaslah lagi!Karang jadi gemuk gedempol macam ni ha.... baru padan muka!Baru sibuk cari Dr.Rozmey!
( Gambar dipinjam daripada lamanku)
Kesimpulan :
Anak-anak dara di mana pun anda berada, janganlah jadi spesis pemalas.Hanya tahu menyusahkan emak ayah.Tak kesian ke tengok emak-emak korang bangun pagi-pagi, lepas solat terus buat sarapan, bancuh milo, goreng nasi.Lepas tu, belum sempat mandi terus kemas rumah, basuh baju, sidai baju,sapu sampah.(Sedangkan penat emak-emak korang kejut suruh bangun)Kalau tak rasa malu pada emak, ayah korang,malulah pada diri sendiri!Malulah pada bantal dan tilam korang yang dah start nak jogging pagi.Buat anak dara anak didikku, tambah satu lagi!Malulah kat TEACHER awak ni kerana pagi-pagi emak awak dah telefon minta tolong.Tak kesian ke pada emak tu?Kalau tak kesian, meh suruh mak jadi bibik teacher kat sini sebab teacher dah lama buat kerja seorang diri!Fikirkan tu!
1 comments:
kekekeke pepagi baca memang memberi motivasi.. Jangan malas nanti kena bebel
Post a Comment