Perempuan berbaju kurung?Itulah tajuk entry Reza,teman bloggerku, pagi ni.Akulah tu.(^_^) Perempuan berbaju kurung memang cantik.Tak percaya cuba tanya pendekar berkuda.
Cantik kan?
(Gambar Cik Google pinjamkam)
Sopan dan anggunkan?
(Chop!Chop!Yang ni bukan saya tau!Ni mak saudara saya)
(Chop!Chop!Yang ni bukan saya tau!Ni mak saudara saya)
Tetapi tahukah anda, baju kurung juga boleh menjadi antara baju terseksi di dunia?Mungkin ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu.Tetapi apa yang berlaku padaku baru-baru ini, betul-betul memberi pengajaran padaku.Ceritanya begini...
Seperti biasa, bila ke sekolah, baju kurung adalah pilihanku.Hari itu, aku memilih sehelai baju baru berwarna putih berbunga ungu.Kain jenis cotton jarang-jarang ku pakai.Selesa juga di badan.Seperti biasa ku sarungkan juga kain dalam.Manalah tahu kalau-kalau kain ku jarang.
Semasa punch in, tiba-tiba,"Cikgu, jarang sangat kain tu!"
Terkejut aku.Malunya bukan main.Betullah.Walaupun aku memakai kain dalam, masih jelas kelihatan bentuk kakiku.Betul-betul aku tak perasan.Tambahan pula itulah kali pertama aku menyarung baju pemberian anak didikku itu.Seksi habis aku hari itu.Nasib baik budak-budak semua dah bercuti.Kalau tidak, aku balik salin baju.Malu!!!
Nasib baik ada pengetua yang sudi memberi teguran.Kalau tidak manalah aku perasan.Rupa-rupanya bukan aku seorang saja yang kena, tapi cikgu-cikgu lain juga.Kami tak marah malah amat berterima kasih pada pengetua kami.Terima kasih Cikgu! Kami berjanji akan lebih berhati-hati.
Inilah pengetua kami.
10 comments:
hati2 bila berpakaian... kan molek kalau pakai baju kurung dan tudung yang litup abis... jilbab berlabuh... (",)
btl gak eh. kdg2 org overlooked. baju da sopan habis, tak perasan rupa2nya very the transparent. hehe ..
kadang2 kita tak perasan kain tu jarang hinggalah ada yang menegur kan :)
Entri terkini: Perginya Seorang Jiran
bila gadis melayu berbaju kurung..sesiapa saja boleh tertawan hati
...andainya bumi dan langit bisa berkata-kata...akan bergembiralah alam dengan indahnya bahasa pujian buat mereka-mereka yang menuruti perintahnya...
...dan akan bingitlah telinga mendengar akan caci-maki-keji perkataan mereka pada yang ingkar pada sifat zahirnya...
..dan untuk anda..memang pendekar memandang cantik sekalian gadis yang berbaju kurung...(^_^)... namun baju yang bagaimana? anda sendiri pasti dapat meneka..(^_^)
wuuu..cekcilah cikgu hari ni..
btol2...pnh gak dapat teguran camtu...taubat tak nak pkai baju jarang2 dh...
uuuuu ^^ nice post
kbanyakan kaen skarang byk yg nipis2 dah...huu
mmg tidak dinafikan lg,gadis berbaju kurung mmg lawo :)
Post a Comment