Thursday, December 2, 2010

Dapatkah aku peluk kau lagi?

   Rutin wajib semasa bumi mulai cerah di musim cuti sekolahku adalah menyidai pakaian.Seperti biasa, kucing-kucingku yang kacak dan jelita dengan manjanya menggesel-geselkan badan ke kakiku.Selagi aku tak dukung ( kadang-kadang timang.Yelah...aku mana ada anak kecil, timang kucing jadilah )selagi itulah mereka akan mengiau-ngiau manja.

   Maka aku pun peluk dan cium kucing-kucingku.Selepas 5 minit, aku rasa hidung dan mukaku membengkak.Mata berair dan badan rasa nak demam.Bersin jangan katalah, berpuluh-puluh kali aku bersin.Adakah aku alergik pada kucing?Selama ini tak pernah pula aku alamai perkara yang sama.

   Untuk kepastian, semalam aku langsung tak menyentuh kucing-kucingku.Aku langsung tak alami apa-apa masalah.Pagi tadi, ku cuba bermanja dengan mereka lagi dan akibatnya aku betul-betul rasa simptom yang sama.Mata berair, hidung,bibir dan muka rasa membengkak dan gatal.Kepala pening dan badan rasa tak sihat.Alergikkah aku?

    Jika benar kini aku alergik dengan kucing-kucingku, alangkah sedihnya rasa hati kerana mereka umpama anak-anakku sendiri yang mesti ku peluk, cium meskipun hanya sekali dalam sehari.Apakah ada  penawar untukku?

Anakku sayang si Cucu

Panji, dapatkah mak peluk kau lagi?

2 comments:

mumumeow said...

maybe ade alergi kot...sy pun sme...sjk ade resdung..nk cium kucing x ley..tpi sy suke suking... =(

nadya e-man said...

ala sedey nye lau x pat peluk kucing ag... =(

Post a Comment