Thursday, December 16, 2010

Aku tergelak bukan menonton Raja Lawak!

    Sambil melancong ke blog kawan-kawan, aku menonton 999 di TV3.Masa itu emas maka aku mesti gunakan masa sebaiknya.Tiba-tiba, aku tergelak sendiri.(Nasib baik aku seorang.Kalau tidak orang kata aku gila )Tadi dahlah aku gelak guling-guling masuk blog sembang cerita tentang buah!

    Aku tergelak kerana melihat betapa bijaknya Mazidulakmar ( betul ke tak nama ni ) memainkan emosi pesalah iaitu penunggang motorsikal tanpa topi keledar, lesen atau bawah umur.Contohnya:

 1) Soalan :Kenapa tak pakai topi keledar?
     Jawapan : Dekat je, tak payah pakai topi keledar.
     Respon Mazidul : Ada undang-undang kata kalau dekat tak 
                       payah pakai topi keledar?
     Terkulat-kulat anak dara tu tak menjawab.
     [ Ha... kau!Kena sebiji.Kalau nampak muka anak dara tu 
         tentu merah sebab malu ]

  2) Soalan :  Umur berapa dik?
       Jawapan : ...... ( takde tapi 'adik' menangis )
       Respond Mazidul : Tahu tak bawa motor kena ada lesen?
                      Dahlah adik takde lesen bawa adik-adik pula.
                      Umur baru 11 tahun.
      [ Adik tu kena saman juga kalau tak silap atau ayahnya,
         pakcik tua, berjanggut putih, berumur 54 tahun,yang 
         dipanggil oleh polis.Pakcik tu sayang sangat anak dia ]
         
   Selain itu ada juga aku dengar pesalah menjawab; "....motor tu nama emak tapi saya yang bayar".Apa tidaknya, umur baru 16 tahun jadi bila jadi apa-apa orang tua diseret sama.Inilah silapnya orang tua.Sayang tak bertempat.Lesen belum ada, janganlah belikan motor.

   Kesimpulannya, biar apa pun alasan, undang-undang tetap undang-undang maka selalulah patuhi undang-undang.Apapun tahniah kepada Mazidul TV3 kerana buat aku tergelak walaupun menonton 999 bukan Raja Lawak!       

Inilah En.Mazidul TV3 kalau ada yang tak kenal.

Cop!Cop!Kami kena patuh undang-undang jalanraya juga ke?
(Kedua-dua gambar milik Cik Google )

4 comments:

Miss Yaty said...

pelik betul bila tgk budak2 kecik yang dalam darjah satu dah bawak moto...walaupun still dalam kampuung tapi mereka membahyakan keselamatan dorang..

pelikkan kenapa sesetengah famili biarkan anak mereka naik moto tanpa ada lesen..

famili yaty mmg dah di ajar ada lesen baru leh bwk moto atau kete..

iniialahaku said...

rempit2 ckap je kencang..bila dpan trafik ke jpj kecut je..tmbah2 tg dak2 agi 2..

Miss Yaty said...

komen pjg2 pas tu klik post komen...tgk2 komen macam tak masuk je..alahai penatnye...

budak2 darjah satu pun dah pandai bawak moto skrg..pelik kan sesetengah famili yang biarkan ank dorang yang bawah umo bwk moto..

ni komen kedua..taktaw komen pertama lepas ke tak.huk3

admin said...

wah,ada my blog la..
hehehehe..
thanks ya..
skrg nie,nk sy buat apa??

Post a Comment