Friday, December 17, 2010

Malunya aku!!!!!

Malunya aku!!!!
(Gambar Cik Google punya.Bukan gambar aku tau!)

   Hari ini betul-betul dalam sejarah buatku.Pertama kali aku pening ( pening betul-betul tau, tak tipu ni) semasa bw.Siang tadi dahlah nenek terkedek-kedek dok ganggu aku nak blogwalking.Langsung tak dapat nak ke taman rama-rama. taman epal, taman belalang dan macam-macam taman lagilah.Pendeknya macam-macam ada!

   Malam ni lebih kurang lepas Isyak, dengan semangat menggebu-gebu, aku mulakan perjalananku.Kalah keterujaan ( betul tak perkataan ni?)orang naik kapal nak pergi holiday.Terbayang di mata taman-taman yang akan ku teroka.

  Aku sangat hargai kunjungan teman-teman maka setiap komen dan kunjungan akan ku balas seberapa segera.Malam ini pun itulah yang ku rancangkan.Dari sebuah rumah ke sebuah rumah aku jenguk.Eh!Kenapa rumah yang sama aje aku masuk?Tak habis-habis pulak tu?

   Lalu aku besarkan mata melihat tarikh dan masa di shoutbox.Mak datuk!Yang 2, 3 hari punya pun aku jenguk.Mana nak habis-habis!Eiii!!!Malunya aku!Agaknya ada teman-teman blogger yang perasan.Itulah!Takut sangat traffic tak naik.(Eh taklah.Bukan takut traffic tak naik, tapi takut kawan-kawan kecil hati dan kata aku sombong)Setidak-tidaknya aku beri traffic percuma pada kawan-kawan.Betul tak?

p.s:Nasib baik Cik lenovo tak boleh ketawa kalau tidak dah lama aku kena gelak!!!

   

4 comments:

Unknown said...

biasa le tuh sbg blogger..byk sgt blog..smpai tertukar2

Unknown said...

bagus lah . tidak lah blogger lain kecik hati tak balas kunjungan !

Bee said...

hehhehk ok lah tu....free jer kawan2 dapa bw ...

AH7 said...

jadi rajin2lah bw kt sini er..dan leave comment taw?

Post a Comment