Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 1, 2010

Nenek oh nenek!

   
Gambar ku pinjam daripada Cik Queen


   Cuba teka siapakah nenek di atas tu? Nenek kebayan?Nenak bongkok tiga?Nenek sihir?Oi!! Ramainya nenek!Nantilah aku beritahu.Sebelum itu bacalah dulu luahan hatiku.

  Selama ini aku cukup setia dengan nenek.Biarpun nenek jalan terketar-ketar, ku tunggu juga nenek dengan sabar.Sebenarnya nenek dan aku tak pernah berenggang.Ke mana pun ku pergi pasti nenek ku bawa sekali.

   Tetapi malam ini keadaan nenek amat tenat.Puas ku minta nenek bergerak cepat, namun jalan nenek tetap lambat.Ingin ku tukar nenek yang lain, tapi setianya hatiku pada nenek bukan main-main.Maka hanya keluhan dapat ku lepaskan.Cepatlah gerak nenek!Dah penat cucu menunggu.Kalau nenek tak mahu gerak juga akan ku tukar dengan nenek yang baru.Nenek oh nenek!Nenek Celcom BB ku.
   
   

1 comments:

Cempakamelati said...

Ooooooo nenek tu internet...

Let's have a break!