Saturday, December 18, 2010

Oh My God!

(Gambar ikhsan freeweelee)
Semua orang kenal makanan istimewa di atas kan?
(Kalau tak kenal maknanya orang bulan kot)

   Bagi pembaca luar Malaysia yang tak tahu, itulah cendol,sejenis pencuci mulut yang sangat lazat.Kalau tak silap, cendol dibuat menggunakan beras.Caranya tak berapa pasti pula aku.Semasa aku tinggal di Terengganu, aku pernah nampak makcik-makcik buat cendol cara tradisi.Antara alatnya dibuat daripada tempurung kelapa.

(Gambar milik delilajasmy)

Atau pun dengan cara ini.
(Gambar milik satujutaidea)

   Tetapi tahukah anda, ada peniaga cendol yang amat kreatif kerana menggunakan bahan gantian di bawah sebagai cendol.

Tak kenal?
Kalau nak tahu silalah baca berita Kosmo di bawah

Cendol span Kemaman

MAT DAUD menunjukkan cendol tiruan yang 
diperbuat daripada span di Kemaman semalam.


KEMAMAN - Rasanya macam cendol tetapi awas ia sebenarnya span yang biasanya digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.
Itu taktik terbaru segelintir peniaga air cendol di negeri ini yang dipercayai berbuat demikian kerana mahu menjimatkan kos perniagaan mereka.
Penggunaan 'cendol palsu' itu didedahkan seorang pekerja di sebuah kedai, Mat Daud Ariffin, 39, yang membeli lapan cawan cendol daripada seorang peniaga di sebuah gerai di sini, Khamis lalu.
Ujarnya, ketika itu kesemua cendol yang berharga RM1 setiap cawan, dibahagikan kepada rakan-rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari.
"Sedang asyik menikmati air cendol, tiba-tiba seorang rakan saya menyemburkan cendol yang diminumnya kerana merasa ada sesuatu yang tak kena.
"Selepas itu saya sendiri rasa lain macam dan meluahkan cendol yang ada dalam mulut ke tanah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Selepas meneliti bahan yang terkandung di dalam cawan itu mereka dapati ia adalah span yang dihiris halus menyerupai cendol.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
   Kreatifkan?Mulai esok jom kita cari span banyak-banyak.Jimat sikit duit nak beli cendol.
Sanggup anda makan span ini?

Ambil akulah buat cendol.Cantik sikit warna kuning!
( Kedua-dua gambar milik Cik Google)

15 comments:

Unknown said...

ayo!! sedapnya.. dah lama x makan cendol..teringat la plak kt kg..

muhamadsufian89 said...

tak penah jumpa lagi cendol span..harap2 cendol dekat n9 ni takde yang camtu..huhu

YUL said...

wah, kreatip betul la org nie, span pon bole jd cendol palsu

Adam said...

suka cendol. :)

Tahape ape la org yg buat cmtu. -.- haiz.

Nur Ardilla Najwa said...

salam...jemput join contest d blog saya... =)

http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html

Ellen said...

astaga...ellen memang peminat cendol tegar...tak nak beli dah lepas ni..adoyaiii!!!

dabuldahi said...

:(

argh sedihnya tengok cendol DIY ni..
sedihnya tengok acuan buat cendol tu!!
sedihnya..

sekarang tak dapat lagi tengok orang buat cendol depan mata,
tak dapat makan lagi cendol buatan tangan dia..
tak dapat lagi tolong dia buat cendol...

argh!!!!
rindu!!!

Suhaimi@Pakmi said...

ada juga cendol palsu..mcm2 ragam penipu ni

Kamsiah yusoff said...

ishh..tak berakt bisness tipu org...
mcm kes kat utara dulu2 la ..kuah laksa di bubuh tisu tandas supaya pekat..

Uji Hussein said...

1)Cendol memang sedap.

2)Sufian, kat jalan sebelum masuk TKC kat Seremban tu dulu ada kakak jual cendol.Memang sedaplah.Tak taulah ada lagi tak.Satu lagi kat PD.

3)Yul, tu bukan kreatif apa, kreatif otak penipu.

4)Adam, org tak guna akal le kreatif tak senonoh cam tu!

Uji Hussein said...

1)Dilla, ada masa nanti sy join ye.tq.

2)Kat tempat lain ok kot Ellen.Susah2 sangat kita buat sendiri je.

3)dabul rindu kat sape tu sedih tengok cendol?

4)Orang muo, kat Muo ada tak cendol yang best punya?Kalau mi bandung Muo mmg best.

Ati Masrif said...

hii..
baru dpt kesan jejak u ni
TQ flw ati ..tapi u takde tgl jejak
so, lmbat nak flw back ^__^

eee..takutlah nk mkn cendol!

muhamadsufian89 said...

owh..yg sebelum masuk TKC tu tau la..sebab dulu sekolah kat depan TKC..boleh tahan jugak cendol dia..cendol dekat bus stand pilah pun ok jugak..hehe

Izan Ishak said...

apalah org tu kan. ada ke patut hiris span jadikan cendol. berdosa besar menipu pelanggan dia camtu kan~

*mak mertua k.izan pun rajin buat cendol sendiri masa puasa~

||aLeaSaRa|| said...

alah tak nak lah minum cendol...hrp area KLIA ni takder lah guna teknik(ke taktik) mcm tu...

Post a Comment