Thursday, December 9, 2010

Aku bukan robot

   Tepat jam 3.50 petang tadi, siaplah baju kurung pahang yang ku jahit sejak pagi, dari menggunting kain hinggalah ke kemasan terakhir.Sambil menjahit sempat juga aku membuat agar-agar pandan dan bubur istimewa, bubur candil.Orang Jawa tentu tahu bubur candil kan?

   Sebentar lagi, azan Asar akan ke udara.Selepas solat, aku akan menonton Putera Katak ( takde lah best sangat cuma aku nak tengok Kazarudin Saisi ).Kemudian aku plan untuk ke rumah ayah.Semalam langsung aku tak sempat ke rumah ayah jadi rindu pulak rasa hati.

   Balik dari rumah ayah malam nanti barulah aku dapat blogwalking.Berbalik pada cerita bubur candil, ada sesuatu yang aku ingin kongsikan berkaitan adat di negeri Johor.Akan ku kongsikan di entry akan datang.

Inilah rupa bubur candil
( Gambar dipinjam daripada Jasmeen )

   Sambil menunggu Putera Katak, aku mesti mengemas rumah dulu.Barulah lega aku nak bersenang-senang.Blog kawan-kawan malam ni baru aku dapat jenguk.Tag kawan-kawan pun malam ni baru dapat aku ambil.

Putera Katak TV3

( Alamak!Banyaknya kerja!Dah macam robot pulak aku )

4 comments:

Misz-ella said...

wAH !! SUPERWOMAN!!

suria lekatlekit said...

bubur apa tu?? kekekeke agak jakun sbb tak penah makan apa lg tengok

grOundnUt said...

bubur tu macam menarik je petang² macam ni...slurrrppp..=9

Uji Hussein said...

1) kkchik, superwoman terpaksa!

2) The lekat-lekit, namanya bubur candil.

3) groundnut, mmg menarik pun.

Post a Comment