Agak-agak apa cerita kali ni?
( Gambar pinjam daripada terengganuhebat.blogspot.com)
Cerita pasal lemang?Oh no!Tidak!Tidak!Musim raya lama lagi.Sebenarnya aku nak cerita pasal perbuatan yang sedang dilakukan oleh buluh-buluh lemang tu.Ya?Betul!Buluh-buluh tu sedang menyandar!
Cuba bayangkan jika 'tempat menyandar'(entah apa namanya kerana seumur hidup aku tak pernah buat lemang.Aku buat ketupat je ) tu tiada.Bolehkah kita membakar lemang itu dengan sempurna?Tentu tidakkan?Begitu juga dengan GSTT.(Eh apa kaitannya?Intro di atas tu dipanggil set induction dalam p&p/ pengajaran & pembelajaran di kelas)
GSTT?Benda apa pula tu?Ha...yang bangun awal dan dah dengar berita ( Sinar FM) tentu terdengar berita hari ini iaitu Guru-guru Sandaran Tidak Terlatih atau istilah biasa guru sementara akan ditawarkan untuk menyambung kontark mengajar semula.
Seperti juga lemang, guru-guru seperti aku masih memerlukan GSTT di sekolah kerana masalah kekurangan guru.Cuma nasihatku agar GSTT yang ditawarkan, akan bertugas dengan ikhlas kerana aku dah jumpa GSTT yang entah apa-apa, berlagak lebih dari pengetua.
Di sini, aku juga ingin memberikan 2 nama GSTT yang amat aku kagumi kerana komitmen mereka yang tinggi.Kedua-duanya masih muda tetapi sangat hormatkan orang lama / senior serta sentiasa meminta tunjuk ajar walau pun kerja-kerja mereka sebenarnya lebih baik dari setengah-setengah guru senior.
Mereka adalah : Puan Ismaliana Ismail dan Puan Norazmira Marwan.Terima kasih dan mudah-mudahan kita dapat bekerja bersama-sama lagi.
1 comments:
tapi kesian cikgu2 GSTT ni.....kontrak asik disambong.....bile kontrak dah nak abih tempoh...mule le ghase tak tentu aghah....takot kontrak tak disambong....ape salahnye....seghap teghuih jadi cikgu tetap......
Post a Comment