Tuesday, December 21, 2010

Aku seorang pembunuh!

   Hari baru cerah-cerah tanah.Pun demikian aku perlu segera menjalani rutinku.Berlambak kerja yang perlu ku bereskan.Hanya 9 hari lagi menjelang tahun baru.Apapun, seperti biasa aku mesti mandi dulu.

   Oleh kerana cuaca agak sejuk, ku siapkan air panas untuk ku bersiram.Seperti biasa juga, aku akan menyiram sedikit air panas ke dalam sink kerana kata orang sink akan sentiasa bersih dan takkan berlumut. Tiba-tiba, seperti tercabut jantungku apabila seekor labah-labah sebesar ibu jari, melenting keluar kepanasan dan sedetik kemudian ia pun mati.Bila ku amati, ku lihat berpuluh-puluh ekor anak labah-labah di dinding berhampiran sink.

   Aku sedih!Aku tak berniat untuk menjadi pembunuh!Maafkan aku labah-labah.Mudah-mudahan anak-anakmu dapat berjuang untuk hidup kerana takkan mungkin aku memelihara mereka.

Aku tak berniat untuk membunuhmu!
(Gambar Cik Google)

5 comments:

Encik MamaT said...

kesian dia... mesti anak2 dan cucu dia tengah menangis... :(( sedihh.....

Misz-ella said...

sudah ajal dia .. kita tak berniat, kan.

grOundnUt said...

sian plak eh...dorang dah la tengah sejuk tu..nak sorok dalam sinky..sian..apa pon bukan salah kamu yer cik scarlet~

kpah k-poh Sharifahnor said...

mana nak tahu dia duk kat dlm tu...

Admin said...

Salam .. kenapa ehh dibunuh? ubah je ler tempat nyer ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Post a Comment