Jom Berkenalan! Bersama Cikgu Akim.
Alkisah subuh-subuh hari lagi, hamba telah diminta oleh Pendekar Berkuda untuk menjawab persoalan yang bersarang dalam kotak fikirannya.
Maka dengan ini hamba pun cubalah menjawab segala persoalan.
Adapun persyaratannya adalah :
1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN" ( Telah pun hamba laksanakan )
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda( Telah juga hamba laksanakan)
3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
Maafkan hamba kerana hamba kurang maklum soalan tuan hamba.Maklumlah hamba hanya pacal yang hina, tak punya pelajaran hingga di negeri Cina.Hamba menjawab begini : Diri hamba adalah hak milik hamba sendiri.
-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Pekerjaan hamba adalah mendidik anak-anak bangsa.Hamba menuntut di Gunung Siguntang .Bil anak hamba belum hamba ketahui lagi.Cita-cita hamba adalah menawan puncak awan.
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
Blog hamba apa yang pasti bukanlah cool blog, penghilang dahaga.Blog hamba adalah lakaran hati hamba untuk hamba kongsikan bersama.Blog hamba umpama bayi yang baru dilahirkan maka masih terlalu banyak untuk hamba pertingkatkan.Apapun, hamba persilakan tuan hamba melihat sendiri agar lebih puas rasa di hati.
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Sesungguhnya dunia blog adalah sesuatu yang tak pernah hamba fikirkan.Begitu juga dengan abang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.Tak hamba sangka dunia blog telah mempertemukan hamba dengan Pendekar Berkuda.
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Nasihat hamba buat rakan-rakan, berhati-hatilah kerana musuh sentiasa ada dalam selimut.Musang juga kadang-kala tak malu menjadi ayam.Tuan hamba jadilah diri tuan hamba sendiri.Mudah-mudahan hidup sentiasa diberkati.
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Hanya jauhari yang mengenal manikam maka hamba persilakan tuan hamba melihat sendiri keunikan di blog hamba.
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Hamba akan menulis dan terus menulis hingga suatu waktu yang hamba sendiri tak tahu.Impian hamba agar hamba dapat tinggi sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mahaguru-mahaguru blog seperti Mahaguru Ben Ashaari atau Pendekar Berkuda.
4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
Pilihan hamba adalah :
3.Pak Zue
5.Hamba juga telah linkkan utusan hamba ini dengan blog Cikgu Akim.
Terima kasih kepada Pendekar Berkuda atas kesudian mentag hamba pacal yang hina.
5 comments:
hehehehe saya baca entry nie rasa macam dok zaman TUAH dan JEBAT lak....
Salam zirah,
Scarlet, saye suke stetmen anda yang ni --> "Nasihat hamba buat rakan-rakan, berhati-hatilah kerana musuh sentiasa ada dalam selimut.Musang juga kadang-kala tak malu menjadi ayam.Tuan hamba jadilah diri tuan hamba sendiri.Mudah-mudahan hidup sentiasa diberkati"
Sungguh mendalam..
betul tuh musuh memang sentiase ade di mane2, dalam banyak bentuk dan care..huhuhu kene sentise berhati2
dari hamba pacar yang biase2 ajer tapi bukan musuh dalam kelambu hahaha
hohohohoho....
hamba kena tag.
tq. nnt hamba buat entri tu k.
Seronok baca sumer jawapan n kisah hdup cikgu!nice~
semoga berjaya capai segala impian dikalbu~kalau ada masa jenguk2 la rakan2 blogger yg join segmen jom berkenalan kat blog saya..nanti boleh tambah kenalan!
salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!!1..2..3..smile!
pss;musuh jngn dcari...lau musuh cri kita lawan ja..!
Post a Comment