Wednesday, December 8, 2010

Baim!!!Tunggu aku!!!!

   Jam menunjukkan hampir 6.26 petang.Sekejap lagi masuklah waktu Maghrib di Johor Bahru ni.Seperti biasa aku mesti mandi sebelum waktu Maghrib.(Hari ini terlewat sedikit.Hujan sekarang ni). Itu disiplin yang dibentuk oleh emak dulu dengan cubit dan jengil mata.Jangan berani-berani nak kata, "ala...nantilah mak.Nak tengok TV dulu ni"Alamat merahlah telinga kena piat.

   Tetapi zaman sekarang, selalu aku tengok atau jumpa kes-kes anak dara yang malas mandi.Mandi petang kalau tak azan Maghrib dah berbunyi tak sah.Emak ayah menjeling, dijelingnya balik.Tambah pulak kat TV ada cerita menarik.Buat tak peduli jelah nampaknya.

   Sebenarnya mandi awal sebelum maghrib ni penting.Ialah, kalau mandi azan dah berbunyi, tentulah lewat solat.Jangankan nak mengaji, nak baca doa lepas solat pun tak sempat.Bila dah lewat, tentu nak makan malam awal pun tak dapat.Kalau pun tak segan pada emak ayah yang menjengil, seganlah pada Allah kerana mesti terlewat solat.


Tengok tu!Kucing pun tau mandi.
( Gambar dipinjam daripada Cik Google )

Alamak!Aku lupa!Kena mandi cepat ni!

Baim!!!Tunggu aku! (Baim watak sampingan je tapi dia yang paling aku suka)
( Gambar dipinjam daripada Cik Google )








Jumpa lagi malam ni!
Tunggu!!!!!!!

2 comments:

suria lekatlekit said...

Mandi cepat jgn bebel lagi

Azian Elias said...

I m a big fan of Baim Wong.hee

Post a Comment