Tuesday, December 14, 2010

Aku sakit...

Aku sakit.
( gambar dari Cik Google )
   Semalam, aku tak berapa produktif.(Opps!Maksudku dalam menghasilkan entry-entry terkini)Pertama kerana keadaanku yang agak lemah akibat tak makan nasi beberapa hari dek Scoleciphobia yang ku alami.Kedua kerana aku demam selsema dan tak mampu untuk aktif seperti biasa.

   Pagi ini 'by hook or by crook' aku mesti post sesuatu agar targetku tercapai.En.Ben mentor bloggerku yang baik hati pernah kata, 'kita mesti ada matlamat' maka aku cuba juga untuk bangun walaupun kepala agak berat.Semalam juga aku tak dapat aktif berblogwalking kerana masalah yang sama.Maka hari ini dengan izinNya akan ku cuba membalas kembali kunjungan teman-teman yang telah sudi berkunjung.

   Aku juga ingin mengucapkan terima kasih buat seorang adik blogger yang mencadangkan aku menggantikan nasi dengan ketupat.Maka dapatlah aku menambah tenaga kerana aku dapat makan nasi walaupun dalam bentuk ketupat segera.Harapanku agar Scoleciphobia yang ku alami dapat ku atasi.

4 comments:

jannsheffie said...

chaiyok2..cpt mkn..jgn xmkn :)

Unknown said...

mudah2 an sihat k

Ce'gu JAERA said...

Kesian awak sampai mcm tu sekali fobia awak. saya kalau tak dapat makan nasi, makan roti je.. sama juga ada karbohidrat nya... hehehe.. Harap2 segalanya dipermudahkan kan..
Thanx folow saya.. Folow awak kembali...

grOundnUt said...

semoga cepat sembuh nok...^^'

Post a Comment