Friday, December 17, 2010

Nenek!Jangan ganggu kekasihku!!!!!!

     Hari ini seperti yang dirancang, aku bertugas untuk 'menjaga' anak-anak bandku di stadium.Wah!Ada lagu baru hari ni.( Tapi tak bolehlah aku beritahu kerana ia 'akta rahsia' band)Aku suka sangat lagu ni.Tapi sepanjang latihan, aku tak dapat langsung melupakan kekasih hatiku.Wajahnya asyik terbayang di ruang mata.

   Sebelum ini aku biasa berpisah dengan kekasihku kerana bertugas.Namun hari ini aku benar-benar tersiksa!4, 5 kali aku menjeling ke jam di tangan.Lamanya masa berjalan.... Oleh kerana kerinduan yang tak tertahan, aku curi-curi juga bertemu kekasihku meski untuk sebentar cuma.

   Kegembiraan yang ku harapkan, kesedihan yang tiba.Si nenek slow datang lagi mengganggu kami.Jangankan nak berpimpin tangan menjenguk kawan-kawan, nak berbual berdua pun kami tak dibenarkan.Adakah kerana aku berada di dalam stadium maka nenek slow berkunjung?Ok, tak mengapa.Tiba saja di rumah akan ku lepaskan rinduku yang masih membara.

    Habis saja aku makan ( ketupat nasi lagi kerana aku masih lagi geli melihat nasi biasa), dengan segera ku rangkul kekasihku.Dengan semangat yang membara, aku cuba mengajaknya berlari ke taman-taman bunga, namun aku kecewa lagi.Nenek slow tetap datang mengganggu!

    Hendakku nangis, tak berairmata.Ku cuba gagahi juga namun aku masih tak berdaya.Lantak kaulah nenek!Jalanlah terus terkedek-kedek!Aku terpaksa tinggalkan taman-taman bunga yang ingin ku lawati.Ku biarkan teman-temanku terus menunggu.Terpaksalah aku jadi burung hantu lagi malam ini.Namun aku kuatkan semangat, biar 'seslow' mana nenek mengganggu, azamku tetap satu; setia bersama kekasihku.

Tunggu aku ye!!!
Kita blogging lagi malam nanti...

0 comments:

Post a Comment