Friday, December 24, 2010

"SAYA NAK MASUK BLOGLIST ELLEN"

   Terlebih dulu, jutaan terima kasih aku ucapkan buat Cik Ellen atas kesudiannya memberi ruang padaku untuk turut serta menyertai bloglistnya kali ini.Sebelum ini, aku sedih hingga bercucuran air mata atas kegagalanku untuk memasuki bloglist yang dimaksudkan.Bukan aku tak sudi tetapi aku benar-benar tak perasan.Rasanya setiap hari aku singgah di rumah Cik Ellen namun aku betul-betul tak perasan pelawaan Cik Ellen.Maafkan aku sekali lagi ya Cik Ellen.Kali ini aku akan buat yang terbaik untuk Cik Ellen.


1)  Buat 1 (satu) Entry mengenai "SAYA NAK MASUK BLOGLIST ELLEN"...  Ok Cik Ellen.Sedang diusahakan.


2) Masukkan Banner Ellen dalam Entry korang.(seperti di atas)  : Dah tu!Kat atas!
3) Dalam Entry tu, Ellen mengharap agar korang memberi komen tentang blog Ellen, Ellen tak mengharapkan pujian dan tak sanggup nak baca kutukan ...hehe..cukuplah kalo memberikan pendapat atau komen bagaimana Ellen boleh memperbaiki Blog ni, samada dari Header, Template, Kotak Komen  atau apa saja.

   Tentang blog Cik Ellen, aku suka sangat rama-rama cute yang ramah menyambut kedatanganku tiap kali aku singgah.Bunga mataharinya yang ceria dan headernya pun boleh tahan.Cik Ellen ada identiti Cik Ellen sendiri.

  Namun apa yang sangat aku kagumi, follower Cik Ellen yang telah pun mencapai 1885 orang ( setakat 24 Dis 2010, jam 6.19 p.m.)Sungguh menakjubkan!Sedangkan Cik Ellen mulai berblog pada 18 Julai tahun yang sama.

  Selain itu, aku juga kagum dengan keupayaan Cik Ellen mengekalkan berat badan mummynemo.com yang tetap slim menurut IWebtool.com.(Minta maaf ye Cik Ellen kerana menimbang berat badan Cik Ellen tanpa izin)Berikut adalah hasil timbangan yang dibuat :


#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1www.mummynemo.com/102.41 KB0.44 seconds0 seconds

2www.scarlettj1.blogspot.com165.18 KB0.35 seconds0 seconds

   Cuba bandingkan dengan berat badanku.Lebih kurang je slimnya namun bila loading, aku lambat tapi Cik Ellen cepat.Bolehkah Cik Ellen kongsikan rahsianya?Maklumlah aku berblogging, pandai-pandai sendiri saja.Tentang IT aku rabun jauh sebenarnya.

   Tentang shoubox, Cik Ellen memang bertimbang rasa orangnya kerana Cik Ellen letak 2 sekali.Aku tak berapa gemar yang suka main cak-cak, jadi adalah pilihanku untuk ke shoubox yang satu lagi.

   Padaku yang bercermin mata tebal ni, Cik Ellen bolehlah kekalkan apa yang ada kecuali satu jangan gunakan font terlampau kecil.Contoh terbaik adalah font besar seperti entry Christmas Greeting tu.Maklum sajalah mata tak berapa nampak kalau halus sangat.

   Kesimpulannya jika aku nak beri markah, aku beri 9/10 kerana aku memang suka blog Cik Ellen ni.Aku nak beri 10/10 tapi melampau sangat sebab aku bukan pakar.Tapi serious!Aku suka sangat rumah Cik Ellen ni.

4) Kalo sudi nyatakan satu ja entry ellen yang paling baik bagi korang...kalo rasa tak der yang baik tak payah lah kot...ini tak diwajibkan..ikut suka korang..hehe..

   Entry yang paling aku suka adalah tutorial tentang rama-rama berterbangan tu.Rasa nak buat juga tapi takut blog aku jadi gemuk gedempol.Apa pendapat Cik Ellen?

5) Tinggalkan link entry korang di dalam komen entry ini...\
Ok.Publish je nanti aku akan tinggalkan link di komen entry tu.

Tentang hadiah, aku tak kisah sangat.Yang penting aku ingin sangat menghargai antara orang yang mula-mula menyokong blog aku yang tak sepertinya ini.

Hmm..senangkan....Ellen memperuntukkan RM100.00 untuk segmen ni dan semuanya dalam bentuk  Airtime Top Up...tak kesah la...Celcom , DIGI, Maxis atau U-mobile...senangkan...tak payah send2 guna pos..hehe.., tak kisahlah hujung tahun punya hal kan....Pembahagian hadiah akan Ellen buat seperti ni:-

Entry Paling Kreatif-------RM30.00
Backlink terbanyak yang Ellen dapat dari Entry tersebut ----RM20.00
Peserta Terawal-----RM20.00

3 entry terbaik-----RM10.00 setiap satu.

Segmen ini akan tamat pada jam 12.35 Tengah Malam 25/12/2010.. kali ni panjang sket tempoh...hehe

( p.s : Tulisan halus berwarna hitam ku ambil terus dari rumah Cik Ellen kerana aku pening kepala jenguk tingkap 2 rumah berkali-kali.Tak apa kan Cik Ellen?)

   Akhir sekali aku ingin merakamkan jutaan terima kasih buat Cik Ellen kerana Cik Ellen lah antara teman yang paling rajin melawat sama ada aku sakit atau sihat.Terima kasih Cik Ellen.

3 comments:

kisah abu nawas said...

salam sob...
blognya rame tidak kayak blogku nih sob

Ellen said...

Tq sudi join segmen ellen ya..Good luck dan tentang rahsianya nak slim tu...ellen cuma buang mana2 widget yang tak penting..hehee

Ellen said...

Tahniah!

Post a Comment