Bertuah punya orang!Tak guna hidup!Baik mati masuk kubur daripada menyusahkan hidup anak isteri.Orang lain kahwin, dia pun nak kahwin tapi orang lain tunaikan tanggung jawab dia sibuk jadi biawak hidup!
Panas berasap intro aku lepas maghrib ni.Aku marah kerana aku baru saja menerima panggilan telefon daripada seorang ibu yang menangis-nangis mengadu tentang masalah rumah tangganya.Secara peribadi aku tak kenal ibu tersebut.Tapi sebagai seorang guru, aku kenal dia sebagai seorang ibu kepada anak didikku, seorang anak cemerlang.
Aku tahu bukan mudah buat seorang wanita menceritakan masalah peribadi kepada orang yang tak begitu dikenali.Aku rasa tersanjung kerana dia mempercayaiku.Masalah serupa selalu aku dengar di kalangan ibu-ibu anak didikku.Memang bukan 100% ayah atau suami tidak bertanggung jawab tetapi jumlahnya semakin meningkat!Apa telah jadi pada lelaki kini.Mungkin En.Ben , Pendekar Berkuda atau Tuan Penasihat boleh tolong jawabkan.
Mengikut jadual, esok para pelajar bolehlah mula membeli buku untuk sesi 2011.Biasanya kami,pihak sekolah menggalakkan mereka membeli mengikut pakej tingkatan kerana mudah bagi keperluan mereka setahun.Tingkatan 3 jika aku tak silap untuk buku-buku latihan tak sampai pun seratus ringgit.Bayaran tambahan pun tidaklah sampai ibu bapa hilang pendapatan.Tapi ada ibu bapa ( terutama bapa) yang langsung tak bertimbang rasa kerana bayaran sebegitu dianggap beban.Pihak sekolah setahu aku cukup bertimbang rasa.Tidak pernah kami hukumkan WAJIB membayar serta-merta atau dibuang sekolah!Semua itu boleh dipertimbang asal ibu bapa sanggup berbincang.
Berbalik pada ibu yang menelefonku tadi, masalahnya adalah tak mampu untuk membeli atau membayar keperluan sekolah.Si suami hanya suami pada surat nikah.Nafkah anak-anak semua ibu yang cari.Bahkan perut suami juga isteri yang isi.Ini yang aku marah!Apa guna jadi lelaki kalau langsung tak berfungsi?Lebih baik jadi mak nyah kerana setahu aku mak nyah lagi punya hati dan perasaan.Suami yang beginilah aku sumpah jadi sesumpah!Baru padan muka!
Pada si ibu yang menangis tersedu-sedu, ku katakan :Kak, tak pe kalau tak dapat nak bayar serta-merta.Nanti saya cuba bincangkan dengan pihak sekolah.Jangan risau kerana lewat bayar bukan bermakna berhenti sekolah.Ada banyak bantuan sekolah sediakan.Nanti saya bincang untuk mohonkan biasiswa.Yang penting anak akak terus bersekolah.Tiba-tiba, makin kuat si ibu tersedu kerana terharu.[Susah-susah sangat, cari saja pengganti kerana aku tahu si ibu masih lagi bergetah!(Opps!Berdosa aku jadi batu api)]
Tiba-tiba aku jadi sedih.Jiwaku terganggu dek spesis tak tahu malu!Maka aku sumpah kau jadi sesumpah!!!!
Nyah kau sesumpah pemalas!
( Gambar milik Cik Google)
11 comments:
uhhh gerammnya baca n3 ni...anak2 yg kesian. moge akak tu tabah
Memangkan... susah kalau dpt suami yg mcmtu.. err.. buku skolah anak Milapun blum bli lagi.. hehehehe.. :p
Salam.
Tu la pasal. Kadang2 tu jadi antare sebab ramai wanita menolak perkahwinan. Bukan nak menolak sunnah cumenye tu lah.. Takut terkena. Lelaki patut menjadi leader dan bukan die yang di lead...
yang jadi mangsa anak2 kan..
kesian plak kalo terjumpa situasai yang macam ni..
mengapa ya ada manusia yg mcm ni? menyusahkan anak bini!
kasihan sang ibu...kasihan sang anak... namun tahniah dan terima kasih pendekar ucapkan pada tindakan yang cik puan tanah lakukan..syabas...
pendekar bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang ini... ben juga tidaklah layak untuk bercerita mengenainya.. hanya orang yang benar-benar faham saja bisa dan dibolehkan bercakap mengenainya...
prinsipnya mudah..jika ada kesedaran..di situlah adanya kemajuan.. tolak dia dari belakang untuk ke depan... jangan berjalan seiring...kerana kelak jika dia terjatuh.. kita sendiri terpaksa menunduk untuk membangunkannya kembali...
namun..kesilapan di sini.. janganlah disamakan manusia dengan sifat seperti ini...dengan makhluk Allah yang lain...pendekar pasti..sesumpah itu akan sedih..tiada salah apa... namun dipandang rendah...huuwwwwaaaaaaaa......
Nasib manusia tak sama..Kdg2 ada ibu yg menangis, kdg2 bapa yg menangis, kdg2 kedua-duanya menangis.
hurm...bnyak lelaki yg suke buat mcm 2 kan skrg....dgr mcm 2...risau nak kwin pon de...hehe...wlaupon lmbt lg kan...tp tetap rsau...
lelaki rmai drpd pompuan pon x mudah nak cari yg betol2 bertanggungjawab....
takut mse bercinta je semuanye nmpak indah,....bile dah kahwin hancussssss...
syukur...alhamdulillah...abah..sy tak macam tu...luv u abah...huhu...
kpd...akak...yg critakan msalah 2/...sy hnya mampu berckap...banyak2 bersabar...
berat mata memandang...berat lagi bahu memikulkan....
Kata org berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ek lelord!
Anak Mila umur berapa?
Sepanjang mengajar dah banyak kali jumpa bapak2 yang macam tu.Tu yang rasa nak marah tu.Pendekar jangan marah ek.Memang tak semua lelaki macam tu tapi....
Post a Comment