Friday, December 10, 2010

Superwoman nak makan pisang goreng!



   Semalam aku dah berjaya menjadi superwoman.Hari ini aku mesti jadi superwoman lagi.Aku plan nak menjahit baju untuk naik sekolah nanti.Takkan nak pakai baju yang sama je tahun depan.

   Lalu aku membongkar kotak tempat aku menyimpan kain-kain yang belum sempat ku jahit.MasyaAllah!Ada lapan pasang lagi kain bahan baju kurung.4 daripadanya adalah kain hadiah Hari Guru daripada anak-anak didikku.aku kurang suka warna kuning.Apatah lagi dengan bunga merah besar-besar.

   Namun, bila anak didikku bertanya, " Teacher!Bila nak pakai baju yang mak saya beri tu?Teacher tak suka ek?", aku jadi malu sendiri.Maklumlah mereka bukan orang senang.Maka hari ini aku mengambil keputusan untuk menjadi superwoman lagi.Bukan setakat sehelai, kalau boleh semua lapan pasang akan ku siapkan.

   Bermakna aku terpaksa tangguhkan dulu aktiviti blogging ku.Oh ya!Aku juga plan nak menggoreng pisang hari ini.Tak sabar nak rasa pisang goreng dari kebun sendiri walau pun kebun cuma muat sebuah kereta.Eh!Sempat ke ni?

p.s : Dah lama berangan nak buat apron sendiri.kain pun dah beli.

Lebih kurang beginilah warna dan corak baju pemberian anak didikku
(Gambar dipinjam daripada mrstradingservice.blogspot.com )


4 comments:

misz myza said...

best nya kalau pandai menjahit.. rugi saya masa kelas jahitan subjek ERT dulu selalu buat tak tau bila cikgu mengajar....

evagebob vid said...

wah..akk scarlett pdai jahit2 ea! :D

chicha$hanteq said...

pandai masak...pandai jahit...
cikgu lagi...byk nyerr pahala...
untung sape yg dapat ni....

Uji Hussein said...

1) Miszmyza, masa kelas ERT dulu pun cikgu garang macam singa!Nak tak nak kena belajar betul-betul!

2) evagebob, pandai sangat tu taklah tapi selamatlah duit daripada bayar upah.

3) Chica,untung sape yg dapat ek tapi takde sesiapa pun yang dapat.

Post a Comment