Bubur candil bukan bubur caca
Seperti yang aku janjikan petang tadi, maka kini akan ku ceritakan adat di negeri Johor berkaitan bubur candil.Adat ini sebenarnya tak pernah ku lihat sendiri tetapi hanya melalui cerita orang tua kerana adat ini telah lama dilupakan.Oleh itu tentu ramai yang tak mengetahui kewujudan adat ini.(Eh!Bunyi lain sangat ayat aku malam ni)
Adat yang ku maksudkan adalah adat turun tanah.Konon yang empunya cerita pada zaman dahulu ( macam cerita sang kancil pula ye ) bayi yang baru belajar bertatih takkan dibenarkan sama sekali memijak tanah selagi adat memijak tanah atau turun tanah tidak dibuat.
Semasa adat ini bayi akan ditatih untuk turun / naik tangga yang diperbuat daripada tebu hitam yang diikat-ikat.Bayi akan dipimpin untuk pertama kali memijak tanah.Di hadapan bayi akan diletakkan beberapa barang contohnya pensel, benang, senduk dan sebagainya.Bayi akan diminta untuk mengambil salah satu barang tersebut.
Barang yang diambil melambangkan pekerjaan bayi tersebut di masa depan.Contohnya jika bayi mengambil pensel, dipercayai dia akan menjadi seorang guru.Benang pula sebagai tukang jahit dan senduk sebagai tukang masak.(Pakar IT memang takdelah sebab mana nak cari komputer atau laptop supaya dipilih oleh bayi.)
Selesai memilih, bayi akan disuapkan dengan benda-benda manis contohnya bubur candil.Oleh kerana itulah orang-orang Jawa dahulu percaya bubur candil hanya akan disediakan untuk majlis istmewa.(Tapi aku bedal je buat sebab aku rasa nak makan. )
Waktu aku kecil dulu, emak akan buatkan sudu khas diperbuat daripada daun kelapa yang masih ada lidi.Tapi bukan adat apa, saja suka-suka.Itulah antara kenangan terindah zaman budak-budak.Supaya lebih jelas tentang adat turun tanah, berikut aku sertakan gambar-gambar yang ku pinjam daripada Cik Google.
Bayi sedang merangkak untuk memilih ' peralatan untuk masa depan '
Siap payung dengan kain lagi sebagai lambang bayi akan sentiasa dilindungi.
Yang kelihatan seperti tangga itu adalah tebu hitam yang diikat-ikat.
Di setengah-setengah tempat bayi akan dipakaikan seperti anak raja.Gambar di atas kemungkinan menunjukkan adat yang lebih kurang sama di Indonesia.
Yang ini tak pernah pula nampak.Jangan ditiru nanti ke lokap pula kita.Almaklumlah, kes dera namanya.
( Zaman aku kecil dulu aku pilih pensel agaknya sebab tu aku jadi guru. ^_^ )
5 comments:
kalau nak jadi artis ker pelakun ker kena letak apa pulak?
penah dgr jgk adat nie.. mak ad cite jugak.. hehe.. tpkan.. bubur tu kan.. nmpk sedap lar ! mcm penah mkn.. tp name bubur rasenye cm lain je....gune tepung pu;ut kan ?
emm.. prnah baca jgak tntg adat ni..
bubur 2 nmpak sedap.. nk semangkuk? hehe..
hahah...kalau aku dah nampak bubur tu...adat ape semua tak pedulik lagi...yang penting Makaaann!!!1ekekekeke...^^
1) Tuan penasihat, Klu artis atau pelakon letak skrip atau mic kot!hehehe!
2) Jeely, Mmg guna tepung pulut.Agaknya kat tempat lain, lain namanya kot.
3) Pena, nak semangkuk mehlah jumpa Cik Scarlett.
4)groundnut, betul2!Adat tu zaman dulu je.
Post a Comment