Saturday, December 11, 2010

Wawancara khas bersama Cik Scarlett

Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi taglah lagi!

   Pantun 2 kerat di atas ku tujukan kepada anak didikku tersayang, justin Aizat kerana sudi 'mentag' aku.Maaf kerana agak lewat menjawab kerana tak cukup tangan menyelesaikan bermacam tugas digalas.Berikut adalah soalan dan jawapannya.

1 . Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda ?

     Benda yang paling penting? Kalau dulu no.1 adalah buku.Tapi sekarang no.1 adalah Cik Lenovo unguku.Sehari tak bertemu rasa rindu di kalbu.Tambah pula ada target perlu dicapai bersamanya.No.2 adalah buku kerana tak de buku, mata tak boleh pejam.      




2 . Oh, jadi kamu ni seorang ulat buku lah ya? 
     Memang ulat buku.

Apakah pula benda yang terakhir kamu beli menggunakan duit sendiri ?

      Minta maaf.Jawapannya novel bertajuk 'New Moon'by Stephanie Meyer berharga RM33.90 tapi belum sempat baca pun.Jawapan lain sebelum itu ialah kipas Panasonic berdiri berharga RM145.Call je tuan kedai, tak sampai setengah jam, sampailah kipas tu di rumah.




3 . Ha, kamu ni memang ulat buku sejati. Baiklah soalan seterusnya; 

Di manakah tempat kamu ingin melangsungkan perkahwinan kamu dan tema perkahwinannya ?


     Dulu memang ulat buku sejati tetapi sekarang tinggal 80% je kerana masa sentiasa mencemburui.
       Impian perkahwinan?Maaflah takde.Tapi suka yang tema ala sultan zaman dulu.Ada tarian dll.


4 . Wah, profesional sungguh anda menjawab pertanyaan. Okay, sekarang soalan cepumas; 

Adakah anda sedang bercinta sekarang ?

      Bercinta?Tidak kot.Cintaku hanyut di lautan sepi. 
( Eh!tajuk lagu Ramlah Ram tu )



5 . Berapa lamakah kamu akan mencintai kekasih (kekasih-kekasih) itu ?

        Cinta adalah untuk seumur hidup.

6 . Di manakah kamu selalu berjumpa dengan kekasih tersebut ?

Biarlah rahsia


7 . Kita beralih topik ya memandangkan anda sudah berpeluh-peluh...
Apakah pula Novel atau buku atau majalah yang terakhir kamu beli ?

       Tu dah jawab tadi tu.Kalau sebelum novel tu, banyaklah juga.Ada yang masih dalam senarai menunggu untuk dibaca contohnya Atlas Perjalanan hidup Nabi Muhamad

8 . Apakah nama penuh kamu, Saja bertanya, manalah tahu kalau nama sebenar lain dengan yang tertera pada profile ?

     Nama penuh macam kat profail tulah.

9 . Antara mak dan ayah , yang mana kamu lebih mesra ?

     Ayah.



10 . Namakan orang yang kamu betul-betul nak jumpa dalam hidup ?

       Tun Dr Mahathir Mohamad dan seseorang yang bernama Salehan Abdullah



11 . Adakah kamu basuh baju korang sendiri ?

Sudah tentu... dengan bantuan cik LG.



12 . Haha, jawapan yang bijak, 

Dimanakah tempat yang kamu betul-betul nak pergi ?

Switzerland
       


13 . Pilih salah satu , peluk atau cium ?

      Kena jawab juga ke?Taknaklah.Salam je boleh?


14 . Beritahu tiga benda tentang orang yang tag kamu 

       Justin ye? 1. Sangat yakin pada diri sendiri
                       2. Sangat bijak
                       3. Kuat ' berangan' kot ( Ni yang aku nampaklah.Aku pun cam tu )    

15 . Lima benda yang anda sangat sayang dalam hidup ?

1)Koleksi Buku yang bertimbun-timbun.Termasuklah majalah-majalah emak yang lama-lama.Penuh satu bilik khas untuk buku.

2)Blog ni. Sebab di sinilah aku meluahkan apa yang tersembunyi dalam hati. Selain itu, blog juga merupakan satu wadah  berlatih menajamkan lagi bakat dalam bidang penulisan.( Eh!yang ni sama pula )



3)Cik Lenovo Unguku

4)Koleksi rama-rama 


5) Hadiah dan kad Hari Guru pemberian anak-anak didikku.

...


16 . Lima lagu yang kamu suka dan selalu dengar ?



1) Love Story by Andy William
2) Tiada lagi by Amy Search
3) Biarkan ku Bahagia by Rina Rahman
4) Wonderful Tonight by Eric Clapton
5) Speak Softly Love by Andy William




17 . Bilakah tarikh lahir kamu dan kat mana kamu menyambutnya tahun lepas ?

       1 Januari.Sambut di rumah je



18 . Dua orang blogger yang kamu nak tag ?


19 . Boleh anda cerita sikit blogger pertama yang korang tag ?

       Orang pertama: Comel.Geram!nak peluk-peluk macam Teddy Bear!

        Orang kedua: sangat bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup.

Terima Kasih ya, kerana sudah meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan dalam wawancara ini. Lain kali mungkin saya boleh mewawancara anda lagi.

Sama-sama.

WAWANCARA SELESAI...


1 comments:

Unknown said...

Terima kasih sebab jawab soalan tag ni Teacher :)

Post a Comment