Wednesday, December 1, 2010

Anda ada cadangan?


   " Apa hal kau sibuk aku couple dengan **** ?"
"What?"
( Aku terkedu dan tak tahu apa akan ku jawab )

   Aku tak pasti sama ada aku harus berbangga, gembira atau menangis kesedihan.Waktu aku berjalan-jalan dengan gembiranya dari blog ke blog teman-teman bloggerku, aku disapa oleh seseorang di Facebook.Dialog di atas itulah sapaannya.

  Mulanya aku bingung kerana tiba-tiba saja aku dimarah oleh anak didikku.Kasar bunyi bahasanya.Namun setelah aku jelaskan bahawa aku tak tahu apa-apa, barulah aku faham pokok pangkalnya.Rupa-rupanya seseorang yang juga anak didikku telah menggunakan nama SCARLETT di Facebook.Maka aku yang disangka sebagai dalang pemutus hubungan sepasang anak hingusan.Cinta monyet pastinya.

  Aku perasan si pengguna nama 'Scarlett' anak didikku itu, terkadang agak berlebihan.Seolah-olah obsess denganku.Sebelum kejadian aku dimarah, beberapa teman setugas pernah memaklumkan perkara yang sama.Bagiku apa salahnya kerana nama Scarlett bukanlah hak milik kekal aku seorang.Namun apabila semakin ramai tersalah sangka bahawa kami adalah Scarlett yang sama, aku terpaksa melakukan sesuatu.Aku tak mahu pisang berbuah dua kali apabila ada anak didikku yang jatuh hati.

  Sedang aku berfikir mencari cara untuk menyelesaikan masalah, aku selusuri blog-blog yang aku ikuti.Tiba-tiba aku terlihat 'Posted by Scarlett'.Wah!Ada juga orang lain gunakan nama kegemaranku.Dengan segera aku ke blog tersebut dan ku dapati Scarlett itu adalah orang yang sama iaitu anak didikku.Aku perlu melakukan sesuatu agar salah faham dapat segera dirungkaikan.Aku tak mahu ramai lagi tersalah sangka kami adalah Scarlett yang sama.Lalu ku tulis baik-baik di mesej Facebook agar 'Scarlett' anak didikku dapat menggunakan nama yang baru.

   Anda ada cadangan nama buat anak didikku?Tiba-tiba aku rasa aku tak tahu menulis hari ini.

p.s: Teacher tak marah cuma teacher bimbang akan bertambah masalah 

0 comments:

Post a Comment