Musnah harapanku untuk menyiapkan baju kurung Pahang hari ini.Aku lupa hari ini rewang di rumah jiran.Jadi terpaksalah masukkan juga agenda rewang tu.Dapat siapkan baju je.Kain terpaksalah jahit esok.Tapi goreng pisang, habis 2 sikat ku goreng.Mmmm.......manis!Kalah goreng pisang tepi jalan.( tak tipu tau!)(Eh!Goreng pisang ke pisang goreng?)
Berkaitan bakat menjahit, sebenarnya semasa aku anak dara sunti dulu, aku pun tak minat menjahit.Tetapi emak yang garang macam singa perang paksa aku belajar.Emak kata, " Orang perempuan mesti pandai buat kerja rumah.Mesti pandai menjahit,pandai memasak!Kalau tak kena tinggal laki baru tahu," Itulah kata-kata emak.
Semasa umur 10 tahun bengkak jari kena ketuk dengan emak bila salah menjahit.Kena tarik telinga jangan katalah.Jari manisku pernah ku jahit dengan mesin jahit!Nasib baik tak de benang!Oiii!Bisanya Tuhan aje yang tahu.Dek kerana takut mak marah, aku rahsiakan sampailah sekarang.
Eh!macam aku pulak!
Mak oi!Sakitnya
( Gambar pinjam daripada acianotherstory )
Semasa aku 13 tahun, aku gunting kain untuk buat baju kurung Johor.Entah macam mana, lain yang ku ukur, lain yang ku gunting.Maka tong sampahlah tempat kain tu aku campakkan.Ini pun emak tak tahu.Kalau tidak 'masak' aku.Namun kini aku bersyukur kerana emak garang macam singalah maka kini menjahit baju 'kacang' je bagiku.Tulang belut?Bisa diatur!
Mak tarik telinga macam Tok Wan ni lah.
( Gambar hak Cik Google )
( Gambar hak mudah.my )
Inilah rupa mesin jahit kesayanganku, Butterfly.(Aku minat sangat Butterfly maka mesin jahit pun Butterfly)
Mesin jahit emak yang menjahit jariku dulu lebih kurang begini juga rupanya tetapi jenis 'Singer'
( Sebab emak macam singa.Opps!Minta ampun mak!)
(Gambar milik kakyong-sukasuka.blogspot.com )
< Kebetulan pulak.Nama kakakku pun kak yong >
Yang ini rupa mesin singer juga tetapi tak guna kaki.Yang ini guna tangan.Nenek dulu ada sebuah tapi nenek meninggal aku kecil sangat lagi, maka tak dapat ku ingat.Kakakku yang sulung mewarisi mesin antik ini tapi ironinya kakak tak tahu langsung menjahit walau pun teruk kena 'dera' dengan emak.Kakak ada kenangan dengan nenek sebab itu dia sayang mesin nenek.
Ini rupa mesin nenek dengan penutupnya.
(Gambar eisantique.blogspot.com)
Opps!Panjang pula entry kali ini.
Entry seterusnya adalah :
' Ukur baju di badan sendiri '
T U N G G U !!!
3 comments:
nanti raye taon depan temph baju boleh ? hehe
rajin sgt...
bgus kan pengajaran org dolu2...
tapi kite still pki n follow...
cikgu...mak saya kata jgn jahit baju mlm2 xelok...hihi
1) Jeely, tempahan tahun depan dah tutup.Hehehe!
2)Chica, org dulu tak bgai jahit mlm2 sbb dia orang guna lampu pelita.Cik Scarlett tak guna lampu pelita.^_^
Post a Comment