Aku ada masa 10 minit je untuk post entry pagi ni.Aku mesti ikut apa yang telah aku rancangkan.Memanglah cuti panjang lagi tapi jika aku gila berblogging saja, macam mana kerja-kerja aku nak beres?Hari ini aku plan nak menjahit baju kurung pahang.Beli baju siap bukan tak boleh tapi aku tak suka kerana rasa kurang selesa.
Lebih kurang beginilah baju yang akan aku jahit sebentar lagi
Tetapi sebelum itu, ingin aku kongsikan beberapa kenangan tentang siri-siri telenovela yang pernah menjadi kegilaan di negara kita.Siri dari Malaysia tentu ramai yang tahu jadi aku bawa siri dari luar.Manalah tahu kan ada antara anda yang berkongsi kenangan ynag sama.
Siri 'Secreto de Amour' lakonan Scarlett Ortiz sebagai Maria Clara.Aku cukup suka cerita ni.Yang ini di NTV7
Itulah rupa heronya tapi lupa pula namanya.Ini pun di NTV7
Ini Scarlet Ortiz juga tetapi dalam siri Mis 3 Hermanas.Juga di NTV7
Yang ini aku tonton di SCTV 15 tahun dulu.Best sangat cerita ni.Tajuknya Esmeralda.Paling suka dengan lagu temanya yang 'aduhai' dan heroin cantik dengan mata hijau tu.Watak lelaki namanya Fernando Jose.
Ini cerita 'Ruby' lakonan Barbara Mori.Walau pun wataknya jahat tapi aku suka sangat kerana bukan mudah membawa watak jahat yang benar-benar jahat.Siri ini di TV3.
Ini siri 'Rosalinda' di TV3 lakonan Thalia.Hebat cerita ni.
Ini pula siri 'Oshin'.Aku pun ingat-ingat lupa siri ni dek kerana telah terlalu lama ditayangkan.
Tau tak 'Ugly Betty'?Inilah ' ugly Betty' yang sebenar.Kalau tak silap dari Colombia.Aku tengok cerita ni semasa menuntut di UKM.Tengok ramai-ramai dengan housemate.( Rindu pula kat Joriyah ).Ni pun di NTV7.
Siri ini baru lagi.'Dysebel' si duyung cantik lakonan Marian Rivera (kalau tak silaplah)Ok juga cerita ni.Ditayangkan di ASTRO 104.
Oklah, dah hampir 10 minit ni.Aku berhenti dulu kerana nak menjahit baju kurung pahang ku.
Jumpa lagi petang nanti.
1 comments:
suka mr santiago ortega dalam mis tres hermananas!
Post a Comment