Friday, December 3, 2010

Awas!!!

  

  Awas!Berblogging sama ada blogwalking atau pun blog updating boleh menyebabkan anda menderita!Oleh itu ambillah langkah-langkah pencegahan agar tidak dihinggapi penyakit-penyakit berikut.Berikut adalah penyakit-penyakit yang dimaksudkan.

1.Sakit pinggang
Cara mengatasi :
a)Duduk dalam keadaan postur tubuh yang betul / tidak membongkok
b)Selang-selikan dengan pergerakan yang lain contohnya bangun bancuh milo dll

2.Obes
Cara mengatasi:
a)Blogging , blogging juga.Kenalah jogging jangan asyik jari je yang jogging
b)Elakkan makan semasa blogging terutama makanan yang boleh menyebabkan kegemukan
(Kalau rasa nak makan juga, sediakan hirisan peria.Tentu tak nak makan lepas tu )


3.Menangguh kerja yang penting contohnya homework /assignment diberi
Cara mengatasi:
a)Buat jadual supaya tugasan yang penting dapat didahulukan

4.Penyakit 'mim' ( mim alif lam sin )
Cara mengatasi:
a)Mesti bijak menguruskan masa bila perlu blogging, bila perlu tidur, bila perlu buat perkara lain

5.Menangguhkan solat / solat tak khusyuk
Cara mengatasinya:
a)Perlu sentiasa mnginsafi diri
b)Saling mengingati

6.Tidak amanah dalam menjalankan tugas kerana menggunakan masa bekerja untuk blogging terutama kakitangan kerajaan
Cara mengatasi:
a)Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang betapa pentingnya sikap amanah

7.Jatuh cinta kepada teman blogger
Cara mengatasi:
a)Perlu saling mengingatkan bahawa tak semua blogger yang kita jumpa masih belum berpunya
b)Elakkan bermain dengan perasaan
c)Niat mesti jujur 

Akhir sekali adalah penyakit yang baru aku temui.Jika sesiapa pernah mengalami masalah yang sama, silalah berkongsi cara mengatasi.

8.Masalah siku menjadi kehitaman ( dek terlalu lama meletakkan siku atas meja semasa blogging )


13 comments:

Azian Elias said...

Hee.. suka kat masalah yg ke 8 tu..

ctpayong said...

salam
sangat setuju dengan entry kamu : tepat dan padat serta padan sesiapa yg terasa andai terjebak dengan perkara 3, 5, 6 & 7. tetapi perkara 5.. np compromi please.

thank you again ingatkan bloggers seluruhnya.

Anonymous said...

hahaa...manyak betoll!! :D

misz myza said...

ahahahhahaa.. semua point di ats mmg betul... especially siku.. wargh... kadang2 kaki pun lenguh semacam sebab bersila atas kerusi lama sangat..

ChiKeDees said...

hehehe...emang tahu tapi suker...

Uji Hussein said...

Harap-harap, penyakit-penyakit tak menular di kalangan kita ye.Tq singgah.

man yusoef said...

jap cek siku...ha ah hitam sikit...tapi same je cam siku sbelah..haha

nazirulhazwan~ said...

trimas2 kerana mengingatkan.hehe;p
satu lagi o0o, jadi burung hantu. mlm2 BW, siang tido.hehe

rafina mimi abdullah said...

sakit pinggang tak ada la sangat..tapi kalau sakit belakang tak usah cakaplah..hehe

Encik MamaT said...

satu lagi...
carpal tunnel syndrome.....

grOundnUt said...

sakit pinggang memang benar...sebab dah terjadik sekarang ni...huhuhuh...thanks for the info...^^'

Uji Hussein said...

Rupa-rupanya kita serupa! He! he! he!Tq singgah ye.

kpah k-poh Sharifahnor said...

rasa-rasa cam semuanya kena batang hidung sendiri..!!!!

Post a Comment