Thursday, December 16, 2010

Aku sunatkan balik nak?

   Aku angin betul bila tengok berita persidangan parlimen di TV pasal 'bergaduh' atau 'bertekak'.Aku rasa budak-budak pun tau guna otak.Contohnya budak-budak yang ada otak takkan bergaduh kalau cikgu ada.Ini tidak, pangkat saja tinggi tapi perangai mengalahkan budak baru bersunat.Pantang ada isu sedikit, mulalah masing-masing nak tunjuk handal!Menyampah!

   Kalau beginilah perangai ahli parlimen atau wakil rakyat, alamat musnahlah negaraku tercinta.Memang bukan semua wakil rakyat yang selalu tunjuk pandai bersilat, tapi kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Bila cikgu tegur murid di kelas kerana bergaduh, murid-murid akan berkata, Ala..... ahli parlimen pun bergaduh!Habis, apa cikgu nak kata?
Orang tua sendiri jadi ketam mengajar anak berjalan tegak!

Aku jalan mengereng sebab nama aku ketam dan aku tak bersidang di parlimen!

Kami bergaduh manja-manja je sebab kami kucing!


Kami memanglah boleh berlaga sebab nama kami ikan laga bukan ikan wakil rakyat.



Grrrr....... ( Tak dapat nak terjemah sebab takut nak dekat)


Contohilah kami wahai wakil rakyat yang terlebih debat!Walau pun kami Cik Nyet dan badan kami berbulu, kami hidup dalam muafakat.

Susah-susah sangat, ha... sunatkan balik.Nak?
(Gambar dipinjam daripada linmdnoor)
< Gambar lain ikhsan Cik Google >

5 comments:

Unknown said...

haha,,sunat jgn tak sunat..sunat kena skali je..kalau sunat kali kedua jadi laen plak ye..haha

Artzlizan said...

tapi ketam tu nampak sedap...!

Asrul "iLham" Sany said...

blog yang chomel...
tapi isunya sangat penting...

harap kita dapat keep in touch ya ;-)p

Hakim Zailan said...

ahahahha...memang perangai depa cam budak2 pon,melompat2 bertekak dlm parlimen..malu masyarakat antarabangsa tengok..huhu

Sufia Mahzan said...

blum tahap campak kerusi kt orang je.. mcm2 diorg nih

Post a Comment