Wednesday, December 8, 2010

Tolong!Aku tenoning!

   Baru je balik makan pizza.Pizza untuk lunch.Jarang-jarang aku buat sebab aku tak suka pizza tetapi untuk menjaga hati seseorang terpaksalah aku telan juga walau pun kepala dah mula 'tenoning'.Selera aku biasalah, orang kampung, asam pedaslah!

   Itulah kelemahan aku yang sebenarnya amat merisaukan.Susah untuk berkata tidak.Jadi tahun baru 2011 nanti aku harap aku semakin berani untuk berkata 'tidak' kerana aku tak mahu terus diperkotak-katikkan.( Ingat aku kotak ke?Ayam katik pula jauh panggang dari api)

   Alamak!badan dah mula rasa semacam.Bersin tak henti-henti.Baru sepuluh minit lepas aku peluk-peluk kucingku yang gebu.(Ada entry khas untuk ini nanti )Sekarang aku dah rasa macam nak tumbang.Niat hati nak berblogwalking lagi, namun apakan daya.Terpaksalah aku berhenti dan menonton 'Aku Kaya' di TV3 (Macam mengarut je cerita ni )Sementara itu tengoklah lunch aku yang 'biasa' dan 'luar biasa'.


Lunch aku yang 'luar biasa' kerana sebenarnya aku tak suka!Uwek!!

Haaa...Inilah dia lunch aku yang biasa. Ikan mayung asam pedas.Sedap tak terkata!

Peria goreng campur telur.Fuhh!Terliur!
( Gambar dipinjam daripada jiejah)


2 comments:

alin said...

LAPAR!!!! T_T

kpah k-poh Sharifahnor said...

pizza tu bagi kat akak..sambil2 bersidang kat kabinet dapur..boleh jugak ler makan..buat hilang mengantuk!!!!

Post a Comment