Tuesday, December 14, 2010

Eh!Apa kau buat tu nyamuk?

   Semasa aku berlari-lari mengejar masa(masa bw le tu ), tiba-tiba aku terpandang gambar di bawah.

   
  Aku terlupa yang aku telah berjanji dengan pentadbir sekolah ku untuk menjadi bomoh cuti sekolah ini.Bomoh nyamuk!Minggu pertama cuti telah ku laksanakan tetapi aku mesti buat tindakan susulan barulah nyamuk takkan membiak.

   Oleh kerana aku anak jati di sini dan tak perlu pulang bercuti, padaku tugas diberi.Aku boleh berkata tidak namun itulah kelemahanku, terus berkata ' Baik!' walau pun sebenarnya lututku menggeletar.Sekolahku banyak 'hantu!'Tak percaya?Mehlah tengok sendiri!Walau apa pun, aku mesti laksanakan tugas agar anak-anak didikku selamat dari aedes si pembunuh durjana.


Lebih kurang beginilah rupa ubat jampi mentera untuk ku guna menghalau nyamuk




Siap kau nyamuk!Jangan cuba mengganggu lagi.Nyahlah kau dari sini!

Ooo!Pandai kau takut ye?



Atuk!Janganlah asyik gelak aje.Mehlah tolong sama.


Kalau setakat guna penyembur macam ni, kau gelak je kan?


Duit?Janganlah kau buat fitnah nyamuk.Bukan kerana duit kau ku musnahkan tetapi demi kesejahteraan anak didikku.


Eleh!Nak minta belas kasihan.Jangankan anak nyamuk, anak manusia pun orang buang zaman sekarang!

Cicak man?Tak boleh harap.Sibuk cari si Fasha je.


Eh!Apa kau buat tu nyamuk?
Takkan bunuh diri kot!


5 comments:

Unknown said...

sy dh fobia dgn gigitan nyamuk..sbb nyamuk lah,sy msuk hospital 4 hari..demam denggi la katakan..cis kau nyamuk x de keje laen ke..

kai azmier said...

aduh.. sgt lawak entry ne.. =)

Mag said...

entry nie cool gila..
rumah saya pown bnyk nyamuk buat reunion...

anyway... menarik dan follow anda..

Ayen Giggs said...

Dah nak nunggu org bunuh die lambat sgt so die ambik keputusan utk bunuh diri sendiri dulu sebelum die pegi bunuh org pulak.Ape AG duk merepek ni,hahaha.....

Azian Elias said...

Bagus..bersemangat kita..

Post a Comment