Thursday, December 30, 2010

Cuti umumku di bilik mesyuarat....

   Esok semua orang cuti.Tapi aku dan teman-temanku juga yang merana....Ialah...esok kita orang ada meeting.Nak buat macam mana kan kerana kami adalah 'Yang menurut perintah'.Mulai 29 Dis lalu hinggalah 1/1/11 aku mesti ke sekolah kerana pelbagai urusan rasmi.Mesyuarat, pendaftaran, mesyuarat,mesyuarat dan mesyuarat.Kalau orang lain tentu menyampah mesyuarat banyak-banyak, tapi aku seronok pulak.Seperti kembali ke zaman persekolahan.

   Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya pendaftaran tingkatan 1,2,3 dan 5 untuk kelas-kelas aliran biasa.Mana kala pendaftaran untuk Kelas Rancangan Khas dan Aliran Agama akan diadakan pada 1/1/11 ( Hari jadi aku tu!)Untuk pertama kalinya selama mengajar, aku tidak memegang mana-mana kelas.Maksudnya aku bukan guru tingkatan.Oleh itu tugasku hari ini adalah membantu guru-guru baru.Jadi mentor aku hari ini.Berpeluh-peluh adikku  Cikgu Nazran, mengira duit bayaran dan menulis resit.Aku puji sikap majoriti ibu bapa di sekolahku kerana langsung tidak berkira soal bayaran.Selepas pendaftaran, guru-guru mesti serahkan pungutan ke pejabat sekolah dengan segera.Lima sen tak boleh silap.

   Dalam pada membantu adikku Cikgu Nazran, aku dapat perhatikan sikap ibu bapa.Rata-rata rela berhabis untuk anak-anak.Semua mesti baru.Hatta pensel sebatang pun mesti baru.Ada pula yang terlalu mengikut kehendak anak-anak.Beg mesti berjenama.Semua mesti mengikut trend.Zaman aku dulu, bersyukur saja dengan apa juga yang ayah sediakan.Mungkin ibu bapa sekarang orang berduit maka duit bukan masalah.Cuma aku harap pelaburan yang dibuat akan menghasilkan kecemerlangan.

   Esok satu lagi mesyuarat akan diadakan.Maka sesi berkunjung ke rumah teman-teman blogger terpaksa aku tunda.Sedih tapi apa nak buat kerana aku ada tanggung jawab.Aku harap teman-temanku tetap setia dan ingat akan aku seorang 'Scarlett O'Hara'

4 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

adik kak pah kan..time meeting selalu dia main sms kat kak pah...emmmmm...

eiela said...

Cikgu banyak dugaannya, tugas cikgu tuh berat. bercuti pun kena kerja jugak.

Latest Entri :
Azam Tahun 2011

Azian Elias said...

teringat 9 tahun dulu masa masih mengajar. ini lah routine bila akhir tahun..

Asrul "iLham" Sany said...

rajin keje...hohohoo

selamat tahun baru ya ;-)p

Post a Comment