Tuesday, December 21, 2010

Aku tak takutkan hantu Kak limah balik rumah...

    Aku takut.Aku bukan takutkan hantu.Setakat hantu Kak Limah balik rumah, takkan ku lari putih kaki.Apatah lagi hantu Ceplos di TV.Aku takutkan keruntuhan akhlak wanita  akhir-akhir ini.

   Jika Siti Nordiana, Nita, Nora atau Fasha, ah, lantaklah kerana mereka artis yang biasa-biasa saja menggeletis.Tetapi aku risaukan anak-anak masih berhingus, bukan di bandar-bandar besar tetapi juga di desa-desa biasa, mula suka pakai mendedahkan dada, mendedahkan peha.

   Pergi bersiar-siar atau bershopping di pasaraya, seluar ketat baju sendat yang disarungnya.Baju kurung hanya bertugas khas waktu hari raya.Aku sedih kerana di majlis perkahwinan pun pakaian tradisi tiada tempat lagi.Tetapi diganti seluar ketat baju sendat.Anak dara, mak dara sama-sama tak bermata.

   Jika zaman dahulu, keluar rumah berkain dagang kerana malu orang pandang, trend terkini makin ketat dan singkat semakin seksi.Semua orang terpegun memerhati.Ke pasar malam pun mula berani berseluar pendek, bert shirt sendat berlengan sekerat.Andai ayam goreng dapat berkata-kata, berbakul-bakul disumpah seranahnya.Tak malu!Pakai macam tak cukup baju!EEiii!Berbulu mata aku!

   Mana mata mak dan ayah?Tak nampakkah anak keluar rumah?Paksalah anak menjaga maruah bukan menayang segala lurah.Katalah tidak jangan hanya tersenyum mengangguk bila anak jalan berpeluk.

   Jika dulu hamil luar nikah benar-benar taboo, trend hari ini ah!sekejap saja orang mengata;tak lama diamlah dia.Jika dulu takkan dibenar lelaki bukan darah daging sendiri tinggal sekali, tetapi trend kini siap dibela seperti anak raja.Akibatnya, anak dara sendiri jadi santapan dan hamil di luar ikatan.

   Aku takut dan makin takut.Mak dan ayah semakin lemah dek terlalu sayangkan anak.Anak masih berhingus, takkan pandai beli baju sendat, jarang dan ketat.Jika mereka meminta kerana terpengaruh rakan sebaya, mak dan ayahlah sepatutnya berkata tidak bukan terus mengangguk dan turut bangga melihat anak cantik kononnya.

   Mahukah kita generasi rosak akhlak menjadi pewaris kita kelak?
  
Mahukah kita seribu Fasha lagi?
(Gambar Google)



14 comments:

Siti Safiyyah said...

opss tutup mate! takleh tgk gambar fasha lame2..hehe, suke bce entry ni..betul sgt2..mak bapak tak malu ke tgk anak dia pakai tak senonoh?? heran heran..

suria lekatlekit said...

cuup la satu fasha.. huru hara jdnya..

amira said...

tak mahu :'(
betul apa yang dcakapkan ni

nick nin0s said...

bila dunia dah nak akhir zaman.... ):

Nur Mudrikah said...

kite yg perempuan ni pun rasa gerun nak tengok..mintak2 dijauhkan kita semua drpd perkara macam ni

syamsul rijal said...

Takulah kepada tuhan supaya engkau dapat menghindari godaan yang tidak baik dan dilarang oleh agama

Cik Mulat said...

opppssss...fasha terlebihh sudah...

Anonymous said...

kalau fasha yang lain tutp aurat boleh r.. hehe.

Tuan Penasihat said...

taktau nak kata apa. memang betul bagai di kata. dah nak akhir zaman. takut takut takut. kembalilah ke pangkal jalan.

MOH KEMBARA said...

Salam Scarlett, pe kabor? Hmmm memang betoi ada anak gadis berpakaian tapi tak berbaju! Hah!

Zakiyah Zainon said...

memang takut jadi mak bapak zaman sekarang..takut dengan cabaran yang bermacam2...selau doa pada Allah, moga senang membentuk anak2 menjadi soleh dan solehah, dan mohon juga Allah bagi kekuatan pada saya untuk mendidik mereka...

Unknown said...

rosak yang perlu diselamat kan.go.

kpah k-poh Sharifahnor said...

boleh berkongsi entry ini di www.gadisdanwanita.com Entry yg menarik. sila hubungi admin.

Unknown said...

ramai ansk muda yg tak kisah sekarang tayang dada mereka?mane ibubapa mereka?

Post a Comment