Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, December 2, 2010

BILA SI DIA BERTANYA


image

1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog?
a) Entry yang menarik, berkualiti dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada pembaca sama ada dari segi perkongsian ilmu atau hiburan. 
b)Widget yang minimum dan benar-benar perlu
c)Warna dan layout yang menarik dan tidak menyakitkan mata
d)Kata-kata aluan yang menarik dan tidak menyinggung hati pembaca

2.Bagaimana mempromosikan blog
a) Rajin-rajin berkunjung ke blog orang lain
b)Meninggalkan komen @ kata-kata persahabatan di shoutbox
c)Facebook
d)Masuk pertandingan kat blog En.Ben

3.Blog yang tidak disukai / sebabnya
a) Blog politik yang sibuk mengata orang kerana saya tak suka orang yang 'cakap tak serupa bikin' dan'menggigit tangan orang yang memberi makan'.
b)Blog lucah kerana geli nak tengok
c)Blog budak2 bawah umur yang sibuk beritahu tentang kekasih siap dengan gambar berpeluk-peluk kerana saya rasa menyampah.Nak je beri kaunseling
d)Blog yang mengalu-alukan pembaca dengan kata-kata seperti: Ini blog gua.Gua punya suka apa gua nak cakap.Lu tak suka lu boleh blah kerana mentaliti orang begini mentaliti warga kelas ke 3.Bunyinya pun sombong semacam.
e)Blog yang suka-suka hati ubahsuai gambar orang contohnya  gambar Mr.Bean kerana ia nilai moral yang tak elok diikut.
f) Blog yang menggunakan B.Inggeris tetapi terlalu teruk grammarnya kerana saya rasa tak selesa.Rasa macam nak beri tuition je.Kalau budak-budak ok juga tetapi ramai pelajar IPTA pun begitu.
g)Blog yang terlebih widget yang tak perlu kerana menyusahkan contohnya nak follow tak boleh kerana asyik widget link je yang keluar.


4.Bahagian manakah yang menarik dalam sesuatu blog
a) Entry yang menarik dan berkualiti (bukan copy paste)
b) Entry tentang diri sendiri @ pengalaman sendiri yang santai tetapi tidak melebih-lebih contohnya melebih-lebih cerita tentang kekasih hati.(Suami ok kerana dah ada lesen besar )
c)Header yang cantik
d)Warna yang menarik

5)Kata-kata semangat untuk blogger yang kena kritik
Jangan mudah putus asa.Mungkin apa yang dikritik itu ada baiknya.Muhasabah diri dan sedia berubah jika untuk kebaikan.Tak guna berlagak sombong atau ego jika ingin menjadi blogger selamanya.Biarlah kita merendah diri kerana ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.

6.Blog pilihan ( yang bagaimana)
a) Blog yang ada identiti sendiri, asli dan menyanjung tinggi budaya dan adab sopan timur.
b)Blog yang sudi berkongsi ilmu 
c)Blog yang banyak memberi info untuk menambah pengetahuan 
d) Blog yang aktif dan sentiasa dikemas kini dari segi entry.
e)Blog yang mesra pengunjung dan sudi balas balik kunjungan.

Tambahan sikit ye En.Ben.
Kepada blogger-blogger yang baru ( yang baru seminggu ke ) kalau boleh nama untuk bw tu biarlah sama kalau tak pun seiras dengan nama kat url.Janganlah berbeza sangat umpama langit dengan bumi contohnya nama semasa bw Miasara ( contoh je ni ) tapi kat url http:tengkorakhidup.blogspot.com. Cuba guna yang ada iras-iras contohnya http://miacantik.blogspot.com.
Bukan apa, senang sikit nak cam semasa bw.
(Maaf ye En.Ben.Terlebih pulak saya bercakap)


6 comments:

Iris Asli said...

sy suka entri ni. baik, sy cuba perbaiki diri. sy blogger baru. sila beri tunjuk ajar! =)

p.s ada komen dan saranan tak utk my blog? =)

iqbalhakimi said...

bagus2...maklumat macam nie bagus untuk kita konsikan bersama..do visit mine =)

Cik Eka said...

hahaha..lawak la pulak..tp bes la..part yg last sekali tu....hehe

nora said...

wow, leh guna utk perbaiki blog lagi nih, tq

Sharifah nor said...

memang berguna...dan memang betul...heee..terima kasih dik..buat panduan pd akak yg baru nak belajar ni...

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

url saya http://cucuatokaji.blogspot.com ..nama kat shoutmix pula feez-cucuatokaji..ade kaitan tak..keh3 :)

Let's have a break!