Wednesday, December 15, 2010

Cinta orang tua

Nenek kecewa cinta terhalang 
KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu. 

Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung. 

Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin. 

Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

"Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya. 

"Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun. 

"Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya. 

Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri. 

Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik. 

"Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis. 

“Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang. 

"Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya. 

Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami. 

Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.

Sumber : Sinar Harian



Inilah Nek Wook Kundur dan suaminya Mohd Noor

   Benarlah kata orang cinta itu buta.Biarpun tua, jika cinta telah datang tetapi ia ditentang, lautan api pun sanggup direnangi.Sehari tak berjumpa, seribu tahun rasanya.

   Hakikatnya, cinta juga boleh menjadi racun yang akan membunuh dan membuat seseorang menderita meskipun luarannya bahagia.Jika anda anak kepada warga emas yang cintanya terhalang, adakah anda sanggup terima lelaki muda menjadi bapa tiri?

5 comments:

Nurfatin Liyana said...

mmg betol kate2 org. cinta tak kenal usia, :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

klu bapa tiri muda ni kena pikio2 byk kali jugak la kan...hehehehe...tatot..bapa tiri muda tu....

Azian Elias said...

Anak2 pun harus faham perasaan orang tua. Maybe kesunyian. Kalau takat masalah panggilan, rasa2nya perkara kecik je tu..

Cik Mulat said...

cinta tak mengenal usia..dan jodoh di tangan allah...

Unknown said...

setiap insan punya rasa cinta..itulah jodoh mereka..jangan kita nak halang jodoh orang..

Post a Comment