Sunday, December 19, 2010

Kenangan di Kuala Terengganu....Hatiku tak jemu....

Buah binjai?
(Gambar milik asal Cik Google)

   Malam ini aku rasa nak bernostalgia tentang kenangan-kenangan indahku semasa tinggal di Terengganu.Selain orangnya yang baik hati aku juga terpikat pada makanannya yang lazat-lazat.Contohnya buah dalam gambar di atas.

   Buah yang ku maksudkan jika tidak silap adalah buah binjai.Jangan gelakkan aku ye!Buah binjai cecah budu tambah pula hirisan bawang dan lada, ada pula pucuk gajus untuk ulam... makan dengan nasi panas-panas!Boleh bayangkan?Tapi semua itu kini hanya kenangan di rantauan.

Inilah rupa pucuk gajus bagi yang tak tahu.Ialah aku dulupun pernah dengar namanya saja.
( Gambar milik Cik Google)

Ini pula budu dengan hirisan bawang, lada dan limau.
Kata orang buat budu mesti bersih jika tidak budu takkan menjadi.Betul ke?
(Gambar pinjam daripada blog.sepaku.net)

Bubur lambuk versi Terengganu.Bubur lambuk Johor lain sikit.Yang ni ditambah pucuk paku atau pucuk midin kata orang Terengganu.
(Gambar milik littlemishkah)

Ini telur, penyu yang punya.
Minta maaf ye, aku nak mengaku yang aku suka sangat makan telur penyu.Pengalaman tak dapat ku lupakan adalah merebus telur penyu berjam-jam kerana menunggu kulitnya keras.Rupa-rupanya memang itulah rupa kulit telur penyu.
( Gambar ikhsan Cik Google)

Yes!Rojak kateh!Di Terengganu je aku boleh makan makanan ni.Orang kata ia diperbuat daripada kulit kaki lembu.Lazat sungguh!Biasanya beli di pasar Batu Enam walau pun aku tak berapa suka keadaan pasar tu yang kurang bersih.(Rojak ni dah siap dibungkus jadi bersihlah kot)
(Gambar ku pinjam daripada adanz77)

Kerabu sare yang diperbuat daripada kelapa parut dan rumpai laut, dimakan dengan sos masam manis ( orang Terengganu panggil cuka tapi bukan cuka makan tau )
(Gambar ku pinjam daripada gemiez)

Eh!Banyak lagi kenangan di Terengganu tapi sesi lain pulalah aku bernostalgia ye.


7 comments:

Unknown said...

budu..my favorite..huhu

||aLeaSaRa|| said...

budu!suka..suka..wpun kite org johor tp suka mskn tiap ngri no hal nye.lama btl tak mkn binjai cecah lak smbl blcn.bubur lambuk muar,johor mmg lain skt...huwaa...ngape buat n3 ni...kite lapar...

ZWAN SABRI said...

please say NO to Telur Penyu..
Kasihanilah penyu yang semik kepupusan skarang nii.. HUHU

♥ nur zaa ♥ said...

sume mknn trengganu.wlaupon duk ganu,jrang sgt mkn sume tu.rojak kateh sedap..lamenye x mkn.hehe..
setuju dgn pasar batu 6 yg agk kurang kebersihan tu :)

Anonymous said...

Tak sabr nak pegi terengganu next year. haish~

odahonebizz said...

pagi2 lg dah melelh air liur bila tgk mknn ni & trus dpt idea nak lunch apa hr ni...tq

ondeonde said...

rojak kateh my faveret..terliur tgk.

telur penyu mmg takkan keras bile rebus but better takyah makan. kandungan kolesterol lg tinggi dari telur ayam.

bubur lambuk versi terengganu byk daun ulam-ulaman..

Post a Comment