Tuesday, December 7, 2010

Lady Gaga buat konsert di masjid

    Fuh!Punyalah sibuk!Malam baru aku dapat berblogging.Cerita tentang 'orang pelik' di masjid?Ok,seperti yang aku janjikan tengah hari tadi, aku akan ceritakan pertemuanku dengan 'orang pelik' a.k.a Lady Gaga di masjid malam semalam.

   Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan Tahun Hijrah 1432 ku sambut dengan membaca Yaasin, doa dan solat berjemaah di masjid.Semua berjalan lancar.Suasana hening di masjid mengharukan lagi hatiku yang berazam untuk menjadi insan yang lebih baik (alim?)di tahun baru.

   Selesai solat Maghrib dan jamuan kecil, para jemaah bergegas untuk solat Isyak.Sedang aku khusyuk solat di rakaat kedua, aku terkejut yang amat sangat!Lady Gaga datang!Punyalah kuat dia menyanyi!Berulang-ulang pula tu.Adalah 5,6 kali dia menyanyi.Aku tak anti Lady Gaga tapi pilih-pilihlah tempat untuk menyanyi.Tak pasal-pasal,hilang khusyukku.Bertuah punya Lady Gaga.

   Selesai solat, semasa Imam sedang membaca doa, dengan selamba si tuan Lady Gaga, mengambil telefonnya dan membuat panggilan.Langsung tak hormat doa yang sedang dibaca.Tuan Lady Gaga sepatutnya suruh si 'orang pelik' tu 'senyap' dahulu.Lepas solat atau ceramah bunyikanlah balik.Bukan susah pun.Guna hujung jari je!Kerana Lady Gaga dan Tuannya yang 2x5 menyumpah juga aku dalam hati.Maknanya, awal-awal lagi aku dah dapat dosa.Waa.....

Beginilah terkejutnya aku!Kus semangat!
(Gambar dipinjam daripada akukeini2)

Inilah rupa si 'orang pelik' a.k.a Lady Gaga.
(Eh!cantik juga dia ni!)





3 comments:

Unknown said...

erm~~~betui tue,,mcm2 la kan,,x salah kan nak silent jap kan time solat~~x rugi pun :)

SAPA LADY GAGA MALAYSIA??

Cahaya Senja said...

haha..ku ingatkan lady gaga masuk islam daa...

ctpayong said...

tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan menyembah Allah SWT

Post a Comment