Tuesday, December 28, 2010

Ok,aku bw dulu ......

   Sesi blogging disambung selepas aku selesai menulis semula minit mesyuarat siang tadi ke dalam buku catatan mesyuarat yang baru.Buku rekod, buku pengurusan dan buku catatan mesyuarat semua telah ku sampul elok-elok.Tak boleh ku tangguh kerana bila bertangguh, akan bertimbun-timbunlah kerja yang minta diselesaikan.

  Semasa aku menulis catatan dalam buku catatan mesyuarat, aku tersiksa yang amat sangat.Tanganku kaku!Kalah budak Tahun 1 baru belajar menulis.Mengapa jadi begini?Tulisanku sudahlah buruk ditambah pula tangan yang kaku maka dahsyat sungguh rasanya tulisan yang ku hasilkan.Aku cemburu sangat-sangat pada seorang guru senior yang tulisannya...aduhai..... cantik seperti ditempa.Tulisan anak-anak didikku pun apa kurangnya.Tapi aku?Aku akan cuba mencantikkan lagi tulisanku.Aku mesti!

   Semasa mesyuarat siang tadi jadual mengajar juga telah diedarkan.Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun aku tidak menjai guru tingkatan.Aku bakal mengajar 4 kelas tingkatan 3 dan 1 kelas tingkatan 4.Sedih juga kerana aku tak dapat mengajar kelas 3KRK1 dan 3 Bou.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta, maka aku akan kenali anak-anak didikku yang baru terutama kelas KAA ( Aliran Agama) yang rasa asing denganku.Namun azamku cuma satu!Kelas KAA,KRK dan Arif yang ku pegang aku akan cuba sehabis baik untuk membantu anak-anak didikku mendapat A dalam B.Inggeris.Kelas 3 Gemilang dan 4 SK 1 aku perlu kenali dulu tapi yang pasti aku akan bantu semampuku untuk keputusan cemerlang.

   Azamku yang lain?Tentu ada tapi ku kongsikan yang di atas itu dahulu.Kini masa untuk aku singgah ke rumah teman-teman siber kerana hari ini aku langsung tidak berkesempatan berjumpa SK,En.Ben atau pun Pendekar Berkuda.Aku juga rindukan Tok Esah dan Ellen.Mengajar, mengajar juga tapi blogging takkan ku lupa.Ok.Aku bw dulu.....

4 comments:

Misz-ella said...

Selamat kembali bertugas cikgu. habis sudah hepi hour ye. skjp sgguh masa brjln. hihi ..

Miera Alison said...

cikgu dah x ajar 3krk1 ke thn dpn ??
alahaii , mesti x best ! :(

hans said...

owh cikgu rupanya
selamat bertugas

P/S : Chak De! Malaysia....Amin!

kpah k-poh Sharifahnor said...

rumah kak pah jgn lupa yaaaa...

Post a Comment