Friday, December 17, 2010

Pengalaman berkhatan

Pengalaman Berkhatan

    Pengalaman berkhatan?Wah!seronok juga ni.Kebetulan anak saudaraku baru je berkhatan 4 hari lalu.Anak saudara aku ni tahun depan dah darjah 6 ( tiru ayat ayah aku ), tapi penakut bukan main.Awal cuti hari tu, ramai kawan-kawan dia yang berkhatan ramai-ramai di sekolah.Siap ada bomba lagi.Meriah sungguh majlis tu kalah majlis kahwin angkasawan negara.

   Dipendekkan cerita, puas kami, mak-mak saudara, bapa-bapa saudara, memujuk si Zarif ( anak saudara aku tu lah ) untuk 'potong'.Dia buat dekkk je.Panjang muncung dia tak nak.Zarif ni dahlah penakut, pemalunya bukan main.Dari mula tahu 'buruk baik' a.k.a mumayyiz, dia tak pernah telanjang depan sesiapa pun.Ni kan nak suruh sunat!

   Tapi, dengan kuasa Allah, selepas ayahku pulang dari Mekah, nak pula dia 'potong'.Tiba di klinik Zarif dah mula tarik muka panjang.Masa buat tu, doktor terpaksa injek 4 kali sebab dia asyik kata sakit je.Entah ye entah tidak.Apa-apa pun syukur akhirnya Zarif nak juga bersunat kalau tak mahu keliling rumah dia berlari.

   Ok, dah siap dah entry untuk pengalaman berkhatan ni.Maaf takde gambar.Baru nak snap gambar, Zarif dah baling dengan bantal!Ai...anak saudaraku!!!

( Syarat lain semua dah cukup ye tukang buat contest.Eh!nak panggil apa ye )

Eh lupa nak tag.

Ok.Siap!

9 comments:

Artzlizan said...

oooo..tetiba memori lama menjelma... :)

eddy said...

hahahaha...4 kali injek? Banyak nye......kesian dia....

shahjiehan said...

TQ..anda org pertama~ hahaha..klakar betol zarif tuh~

tomatokering said...

haha ! takdek pengalaman lah . hehe , :D

gudluk ye !

Uji Hussein said...

Memori menjelma?Duyung pun sunat jugak ek?

Uji Hussein said...

Haah!4x.Itu pun masih meraung lagi!

Uji Hussein said...

Malu pulak sy jadi org pertama join contest ni.Beria2 nampaknya.

Uji Hussein said...

Tomato, tunggu pengalaman awak jadi mak kot!

shahjiehan said...

anda menang contest ini..sila email kan alamat rumah anda kepada email SJ.

shahjiehan@gmail.com

Post a Comment