Friday, December 3, 2010

Blog oh Blog

image

2.Soalan-soalan untuk dijawab
a) Usia blog : Lahir pada 8/5/2010 bermakna 6 bulan 25 hari ( kalau tak silap kira )

b)Siapa mempengaruhi untuk buat blog : Jawapannya 'tiada' jika 'apa yang mempengaruhi' jawapannya perasaan membuak-buak untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

c)Perkara pertama yang timbul bila mendengar perkataan blog :
Sebelum : Ala....dia orang tu hebat IT.Aku ni manalah tau sangat.
Sesudah : Blog?Sekarang juga aku nak update dan baca komen di blog aku atau merayap ke blog orang.

d)Mereka yang menjadi sumber inspirasi :
Peringkat awal : Tiada
Sekarang : Pengikut / pembaca setia dan teman-teman blogger

e)Bagaimana nak menerangkan tentang blog pada rakan buta IT :
Kalau ada laptop / pc :terus online dan minta mereka lihat sendiri
Kalau tiada laptop / pc : Ceritalah apa yang patut.Akhir sekali berikan url penuh dan minta dia orang tengok sendiri.

f) Adakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian?

   Tidak dapat dinafikan setelah hampir 7 bulan menelusuri dunia blogging, aku dapat rasakan yang blog mampu mempengaruhi hidupku.Pertama kerana aku dapat meluaskan jaringan sosialku.Walau pun tidak pernah bertentang mata, sekurang-kurangnya kehadiran teman-teman blogger mampu menceriakan duniaku yang terkadang sepi.Kedua kerana aku menjadi seorang yang sangat peka dengan apa yang berlaku di sekelilingku.Pen dan buku nota menjadi teman sentiasa untuk ku catatkan apa jua perkara menarik yang berlaku.Secara tidak langsung, aku tahu apa yang aku lalui dan aku dapat menghindarkan tabiat lupa yang terkadang membelengguku.Ketiga kerana blog dapat melarikan perhatianku pada TV yang dahulu satu-satunya teman hidupku.Dengan yang demikian, sekurang-kurangnya hidupku lebih bermakna.Keempat kerana blog mengajarku untuk menerima nasihat atau pandangan orang lain.Contohnya aku rela menukar font di blog ku biarpun aku sedih terpaksa berpisah dengan font lama.Ini ku lakukan atas nasihat dan permintaan teman-teman blogger.Akhir sekali blog mengajarku untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan lebih menepati masa.Sedetik pun takkan ku lepaskan demi untuk kebaikan.Sebagai kesimpulan, dengan sepenuh hati aku akui blog benar-benar mempengaruhi hidupku.

(Harap dapat diterima ya En.Ben)



14 comments:

Unknown said...

salam ziarah...usia blog ni lbh kurang sama mcm usia blog saya...tapi nampak blog ni jauh lbh hebat...congrats!

Azian Elias said...

Notice that since active berblogging ni, hidup lebih menyeronokkan..

Unknown said...

salam singgah..

bestnya dapat kenal kamu,,nak tiak nama apa yer???

kalau lalu sini singgahlah..pekena paste bandung...

oh yer..cbox tak pasang sebab...saya tak pandai pasang..hehehhe


semoga dapat kenal kamu..kita semakin rapat dan berkongsi cerita..

insyallah

Cikgu Aini said...

yang paling penting hati tidak kosong. terasa macam kita sentiasa penuh dengan keceriaan, senyum dan manfaat. apepun, salam kenal. jom singgah blog pu3 juga.. http://ainblogger.blogspot.com/2010/12/blog-oh-blog.html

Uji Hussein said...

Terubat rasa sunyi bila online ni kan?

izyan said...

snggah dr blog BA..
blogging sgt sronokkan...
dpt blogwalking&knl kwn2 baru..
keep blogging :)

Hishyamuddin said...

yeah!!!dunia blog memang best..tol x??

kay yea said...

salam berkenalan~~

syazana amira said...

sama cam beday member blog nih :)

Muhammad said...

blog ni secara tidak langsung...menjadi kwan dalm hdup kta...

Anonymous said...

salam kenal....

sangat mempengaruhi kan...;)

Anonymous said...

berblog memang best ;)
ADA AWARD NTOK AWAK
"1.Coolest Blogger Award??"

Anonymous said...

salam kenal =)
dunia blogging ni memang seronok kan?

aienzcruzzle said...

jalan2 cni dri blog BA..
jemput singgah blog saye..
http://aienzcruzzle.blogspot.com/
♥♥♥♥

Post a Comment