Wednesday, December 1, 2010

Ganjaran daripada Allah

Alangkah indahnya subuh ciptaan tuhan

   Seperti biasa, selepas solat subuh, ku buka tingkap-tingkap rumahku.Bau segar waktu subuh benar-benar memberi kedamaian dalam hatiku.Meski pun di waktu-waktu lain, biasanya pelbagai bau dari kilang yang ku hidu kerana rumahku hanya beberapa kilometer dari kawasan perindustrian.Namun kini, bau segar udara subuh yang masih terasa dingin yang menemaniku.Diiringi pula dengan kicau burung pelbagai rentak yang di telingaku kedengaran amat enak.

   Alangkah ruginya mereka yang masih dibuai mimpi di waktu begini.Keheningan, keindahan dan kedamaian inilah mungkin ganjaran Allah buat mereka yang bangun subuh.Mudah-mudahan aku akan terus diberi ganjaran ini sepanjang hayatku.

   

0 comments:

Post a Comment