Aku paling pantang pelajar tidak menghormati lagu kebangsaan.Apatah lagi lagu negeri Johor.Maka apabila saja ku lihat mereka bermain-main sambil menyanyi, terasa sakit hati tidak terperi.Selesai menyanyi, aku meminta pelajar tersebut berdiri.Niat hati hanya ingin memberi nasihat.Namun dia enggan dan dengan muka yang masam mencuka, mencabar aku seolah-olah aku yang bersalah.Samseng sungguh!Aku jarang marah namun bila aku marah kalah halilintar membelah angkasa.Aku tahu jika aku terus di situ, mahu ku tampar jika aku tak sabar.Lalu ku panggil seorang rakan setugas dan harap dapat membantuku dengan ikhlas.
Sepanjang karierku, memang aku paling susah untuk marah.Namun insiden menghina lagu negeriku membuatkan aku hilang kesabaran.Aku tak mahu anak-anakku hilang pedoman.Jati diri tidak wujud lagi.Rasa kasih rasa sayang pada tanah tumpah darah hilanglah sudah.Aku benar-benar kecil hati kerana nasihat yang ku beri kata-kata pedas yang dibalas.Namun aku bersyukur kerana hanya seorang dua mereka yang tidak sedar diri sedangkan anak-anak didikku yang lain sangat cintakan negara dan sanggup menyanyi dengan bangga.
Selesai perhimpunan, aku menuju ke kelas untuk memulakan tugas.Hatiku sejuk melihat wajah-wajah ikhlas yang seolah-olah meminta belas.Maafkan aku anak-anakku kerana membuat kalian terganggu emosi melihatku marah tadi.Aku cuba melupakan apa yang berlaku namun hingga saat ini ia masih lagi menghantui.Dalam di lubuk hati, aku merasa sangat sedih kerana anak didikku moralnya tak mampu ku pulih.Aku hanya berdoa agar dibukakan hatinya untuk tetap sayangkan tanah tumpah darah.Sebagai ibu, kemaafan tetap ku hulurkan kerana aku tahu anak didikku juga mangsa keadaan kerana siasatanku menunjukkan ibu dan bapanya di rumah sering kali berbalah.Dan rasa kasihan mulai memenuhi hati meskipun kesedihan tak mampu aku ucapkan.
1 comments:
Betul itu Puan Scarlett, saya pun kekadang rasa marah ngan bebudak yang tak menghormati tanah tumpah sendiri. Namun, kita tak bleh menunding jari kepada sesiapa. Mereka ni tak sedar kot kesusahan nenek moyang kita nak dapatkan Merdeka. Sekarang bila dah senang, mula lupa daratan. (I have nothing else to say)
Post a Comment