"Pucuk betik dan kulit cempedak?Sedap ke teacher?"
Itulah reaksi anak-anak didikku apabila ku nyatakan makan tengah hariku semalam adalah pucuk betik celur dengan sambal asam dan jeruk kulit cempedak.Kedua-duanya makanan pelik bagi mereka.Aku juga begitu namun aku selalu ingin mencuba maka ku cuba makanan yang tidak pernah ku rasa.
Kulit cempedak jeruk |
Entah mengapa semasa aku sedang enak menjamah ulas-ulas cempedak yang wangi dan enak, tiba-tiba aku teringat ( meski pun samar-samar ) kenangan waktu kecilku memakan jeruk kulit cempedak.Lalu ku ambil kulit cempedak yang tidak lagi berisi dan ku buat jeruk sendiri.Selepas hampir sebulan, maka semalam adalah hari perasmian.Masin, masam dan manis adalah rasa yang bersatu.Buat anda yang tahu, sudilah berkongsi resipi sesuai menggunakan jeruk kulit cempedak
Pucuk betik celur |
Aku memang biasa makan berulam.Sayur-sayuran adalah kegemaranku.Pucuk mengkudu, kacang botol, mentimun, ulam pegaga, adalah ulaman ku yang biasa.Terasa ingin pula mencuba pucuk betik.Meski pun pahit, dengan cicah air asam terasa juga lazatnya.Bolehlah ku syorkan pada teman-temanku.
Putu piring istimewa abang pasar malam |
"Satu lagi, teacher suka makan putu piring!"
"Haa!Teacher makan kutu?Eii..."
"Eh budak ni!PUTU bukan KUTU"
"Ooo..."
Anak didikku ada yang tak tahu kuih putu piring.Putu dikata kutu.Gelihati ku rasa kerana yang menjerit kutu itulah hantu putu piring abang pasar malam yang tiap minggu aku jumpa.P.s:Aku pun hantu putu piring abang pasar malam yang sama.
1 comments:
kakyong pun suka ulam2 ni... yg pahit tu la yg sedap & berkhasiat... ;)
jeruk kulit cempedak tu rasanya kecik2 dulu arwah onyang selalu buat..
Post a Comment